Aku melangkah masuk ke pintu utama pejabat. Aku disambut dengan senyuman manis Hana. Hana merupakan penyambut tetamu di syarikat ini.
“Morning Cik Manisah.” sapa Hana. Aku membalas senyuman manis anak gadis ini. Hampir setahun dia bekerja di syarikat ini. Nampak dia begitu serasi bekerjasama. Antara staff terawal bersama kami.
“Morning Hana. Dah breakfast ke?” dialog biasa yang lazim aku tuturkan setiap pagi.
“Dah Cik Manisah. Awal-awal tadi dah makan. Ni ada bungkusan untuk cik.” Hana hulurkan beg kertas berwarna hitam ke arah ku.
“Siapa hantar?” jawabku dengan dahi berkerut. Namun tangan tetap mengambil beg kertas yang dihulurkan oleh Hana.
“Macam biasa la Cik Nisa. Peminat misteri la agaknya.” jawab Hana lalu tersengih.
Sememangnya kerja mengambil bungkusan hadiah untuk aku setiap hari adalah tugasan Hana. Dia juga tahu aku tidak senang dengan semua pemberian dari peminat misteri ini.
“Thanks Hana, saya masuk dulu.” aku halakan langkahku ke arah bilik pejabatku. Aku masuk lalu menghempaskan punggung ke kerusi. Aku bersandar. Mata menatap bungkusan yang ada di atas meja. Tanganku meraba ke dalam beg tangan untuk mengeluarkan telefon. Aku belek telefon di tangan.
‘ermm… siapa pulak yang hantar hadiah kali ni’ aku menggumam sendiri.
Bukan tidak sudi tetapi aku rasakan semua ini seperti satu pembaziran. Aku tidak perlukan penghargaan berbentuk material seperti ini.
“Morning Cik Manisku sayang…” Kedengaran suara seorang lelaki di muka pintu. Terjengul muka dan sebahagian badannya di situ.
“Stop calling me sayang please! You nak apa?” Aku menjeling ke arahnya. Haikarl memang selalu membuat aku rasa sebal.
“Halah… halah… panggil sayang pun nak marah. Kedekut sangat you ni.” jawab Haikarl selamba. Seperti tiada perasaan.
“Sayang tu tak ada makna dalam hidup I Karl. Tak ada maksud apa-apa.” Aku berkerut sambil mata masih leka memerhati telefon di tangan.
“Iyelah tu tak ada makna. Yang you mengeletis bersayang sayang kat media SOSIAL you tu boleh pulak kan.” Segaja Haikarl tekankan perkataan media sosial.
Aku tahu dia sentiasa memantau segala posting aku di media sosial. Bukan setakat posting, sehingga kan semua komen dan balasan juga dia teliti. Setiap kali aku ungkapkan ketidakselesaan aku bila dia bertindak begitu dia akan memberi pelbagai alasan. Untuk kebaikan company katanya. Semuanya perlu dipantau.
“Itu lain Karl. You pun faham kenapa I buat macam tu kan. Semuanya sebab marketing je kan. You nak apa pagi-pagi dah ganggu I ni.” Aku sandarkan badan ke kerusi. Cuba menyelesakan dudukku.
“Ermm… I saja nak jengah you. Tengok pagi-pagi dah berkerut. Kenapa?” Soal Haikarl.
“Tak ada apa lah. I cuma check DM dan PM ada ke orang bagitau nak hantar gift.” jelasku.
“Owh… Kenapa ada peminat misteri hantar gift ke?” soal Haikarl ingin tahu. Aku mengangguk lemah.
“Macam biasalah.” Aku kerling ke arah bungkusan di atas meja.
“Woww… Apa ni? Kenapa you tak buka?” Haikarl tunjuk riak teruja.
“Ermm… malas la. Tak tau dari siapa. Biar je kat situ.”
“Eh tak boleh macam tu. You buka la.” paksa Haikarl.
“Malas la Karl. Biar je la kat situ.”
“Buka please. I teringin pula nak tengok.” Aku jadi serabut bila Haikarl mula buat perangai memaksa. Aku capai bungkusan di atas meja lalu aku buka pembalut kertas yang membaluti hadiah itu.
Selepas satu persatu pembalut kertas dibuka. Tinggallah satu kotak berwarna coklat. Aku buka penutup kotak. Aku capai isi yang ada di dalam kotak tersebut. Satu plastik yang terisi telekung berwarna putih. Juga ada sebuah buku nota yang di depannya tertulis ‘Di Mana Harus Ku Cari Bahagia’. Satu perasaan yang lain meresap dalam dada saat melihat pemberian yang diterima kali ini. Tidak seperti semua hadiah yang pernah aku terima. Kali ini agak berlainan sedikit. Aku belek buku nota yang di tampal dengan kata-kata manis, puisi-puisi indah. Pasti hebat si pemberi andai dia sendiri yang menulis buku ini.
“Hey, Manis… kenapa nampak you macam teruja sangat?” soal Haikal.
Aku menoleh ke arahnya. Aku baru menyedari kewujudannya di sini setelah aku terleka dengan hadiah yang aku terima.
“Eh… I biasa je. Eh you memang tak ada kerja ke? Dari tadi busy membawang dekat bilik I ni.” Aku soal Haikarl yang jelas dari tadi nampak begitu santai di sini.
“I datang sini pun sebab ada kerja la ni.”
“Owh ye… ada kerja apa. Cepat sebelum I mula busy mengadap kerja I ni.” Kata ku sambil menyimpan semula hadiah tadi di dalam kotak.
“Berkaitan produk baru yang kita sedang RND. Kita perlu tetapkan bahan apa yang kita nak gunakan. I rasa ada masalah lebihan kos. Selain tu kita kena discuss planning untuk marketing jualan online.” Panjang lebar penerangan Haikarl.
Sememangnya kami begitu sibuk menguruskan produk-produk baru yang bakal keluar tidak lama lagi. Selain permintaan terhadap produk sedia ada yang semakin meningkat, kami juga sedang sibuk mengeluarkan produk baru dan membina rangkaian rakan OEM untuk produk makanan di bawah pengeluaran kilang kami.
“Kalau macam tu I rasa kita perlu set up meeting with all the teams. Discuss everything.”
“So, bila you free? Kena inform then kita arrange.”
“Nanti I check semula. Apa-apa I inform you balik okay.”
“Kalau macam tu okaylah. Nanti apa-apa just keep in touch okay. I’ll be waiting.” Balas Haikarl. Lalu dia bangun meninggalkan bilik pejabat ku.
Tak dapat aku nafikan begitu berdedikasinya Haikarl dalam menguruskan syarikat kami. Aku begitu banyak terhutang budi padanya.
Sentiasa ada untuk membantu aku menjadi yang terbaik. Sentiasa ada di kala aku kesedihan. Sentiasa ada saat aku hilang motivasi diri. Haikarl memang seorang sahabat sejati! Sukar dicari ganti.
Mengimbas kembali pertemuan aku dan Haikarl setahun lalu. Ketika itu aku dalam keadaan motivasi yang paling rendah dalam hidupku. Hari pertama aku diceraikan.
Selepas selesai urusan lafaz talak di Mahkamah Syariah, aku membuat pesanan grab. Disebabkan terlalu sedih waktu itu aku ambil peluang untuk duduk minum di sebuah cafe. Cuba meredakan rasa sebak dan sayu di hati sebelum bertemu anak-anak di rumah.
Ketika sedang duduk melayan perasaan, Haikarl muncul menegur.
“Manisah kan?” soalnya yang juga nampak terkejut melihat aku sendirian di situ. Tak pernah menyangka kami akan bertemu kembali selepas 12 tahun berlalu.
“Errr… ” Aku teragak-agak. Lain benar mukanya sekarang. Usianya muda 2 tahun dari aku. Tetapi tetap tak mahu memanggilku kakak sejak dulu. Katanya disebabkan tubuh fizikalku agak kecil aku tak layak mendapat gelaran kakak.
“Tak kan tak ingat kot. Sedihnya I rasa.” Kata Haikarl. Nampak riak sayu di wajahnya.
“Karl! Yess… Haikarl. Akak ingat la. Cuma nak confirmkan je. Takut tersalah orang je.” Balas ku cuba sembunyikan rasa segan.
Tika itu Haikarl terus sahaja menarik kerusi di hadapanku tanpa segan silu lalu duduk di situ. Aku terkesima dengan tindakannya itu. Namun tak mampu menghalang.
“You buat apa sekarang ni Manisah? How’s your life?” soal Haikarl. Dia nampak begitu berminat dengan kisah hidupku.
“So far semuanya okay je.” aku menunduk. Hati aku terasa begitu sebak sebenarnya. Namun aku cuba menyembunyikan rasa sebak yang meraja di hati.
“Serius ke okay. Tak nampak macam okay tau. Walaupun kita dah lama tak jumpa I masih boleh baca lagi riak wajah you.” kata Haikarl lembut.
Haikarl sejak dulu memang merupakan seorang lelaki yang sangat lemah lembut dalam tutur kata. Budi bahasanya sangat tinggi. Aku jadi lemah. Tak mampu menyembunyikan rasa sakit ku. Aku menunduk. Menekupkan kedua tapak tangan ke wajah.
“… Manisah, what’s wrong? You can tell me if you want. I’m here for you.” kata Haikarl lagi. Suaranya yang memujuk buat aku jadi lebih sayu.
“I’m okay Karl.” jawabku lemah.
“But your face doesn’t look like that Manisah.” nampak riak kerisauan di wajahnya.
Dia melepaskan keluhan berat. Badannya disandar ke kerusi. Mungkin dia sedang mencari kata-kata yang sesuai untuk dituturkan dari mulutnya.
“Karl, I baru je bercerai.” Aku luahkan juga akhirnya.
Airmata terus terhambur keluar tanpa dapat ditahan. Aku tidak hiraukan sekeliling. Aku menekup muka di kedua lenganku di atas meja. Nasib juga aku memilih tempat yang agak tersorok. Sementelah orang juga tidak ramai kerana masih dalam waktu bekerja.
“Lepaskan kesedihan you Manisah. Menangislah kalau itu boleh membuatkan you lega.”
Aku terus menangis untuk beberapa ketika. Perpisahan ini yang aku inginkan tetapi kenapa ia terlalu sakit untuk aku hadapi saat ini.
Penderitaan yang sekian lama aku tahan terurai semuanya hari ini. Bukan kan aku sepatutnya meraikan perpisahan ini. Tetapi kenapakah aku merasa begitu sakit. Sakit yang teramat dahsyat.
Setelah beberapa ketika, tangisan aku mula reda. Aku mengelap sisa airmata dengan tisu. Kepala mula terasa sakit. Tetapi rasa terbeban yang ditanggung mula terasa ringan sedikit. Perasaan lega dapat meluahkan. Walaupun hanya dengan tangisan.
“Do you fell better?” soal Haikarl.
“Yup, I’m. Thanks Karl.”
“I tak buat apa pun. Jadi pemerhati je dari tadi. Opss… lupa, I jadi pelindung dari orang lain nampak drama airmata you tadi. So, you are welcome Manisah.” balas Haikarl sambil tersengih.
Aku tahu dia mahu menceriakan aku. Perangai dia tak pernah berubah selalu menyenangkan. Sama macam dulu-dulu. Aku mencapai cawan di atas meja. Aku hirup kopi yang sudah mula sejuk. Aromanya juga tidak sehebat awal tadi.
“I nak balik dulu Karl.” aku meminta diri.
“Give me your number please.”
Haikarl mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarnya. Menanti aku memberi nombor telefon dengan wajah penuh pengharapan. Memikirkan aku bukan isteri sesiapa lagi maka tak ada masalah untuk aku memberi nombor telefon aku pada Haikarl.
Kami bertukar nombor telefon.
Pertemuan semula setelah beberapa tahun berpisah telah memulakan detik perhubunagn kami semula setelah sekian lama. Bermula dari situlah sehingga kini kami masih kekal begini. Menjalin hubungan persahabatan tanpa sebarang ikatan hati. Semuanya lebih menyenangkan.
Aku tersenyum sendiri. Setelah setahun kenangan berlalu, aku sudah merasai nikmat bahagia atas perpisahan yang berlaku sebelum ini. Semuanya dilalui dengan tenang. Walaupun kadangkala Ikhmal bekas suami aku datang mengganggu. Memujuk rayu untuk kembali bersama seperti dulu.
Namun masih belum berjaya mengubah pendirianku. Cukuplah aku menderita sekali. Tak mungkin aku mengulanginya lagi.