Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the mailpoet domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home3/iklangem/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bagaimana semuanya bermula… – Ashdinara Official Blog

“If it doesn’t challenge you, it won’t change you.”

Semuanya bermula dengan kesakitan, keperitan dan kepayahan. Semua sengsara itu memaksa diri kita mencari jalan keluar. Keluar mendapatkan nafas baru. Memulakan sesuatu yang baru. Hanya berbekalkan rasa kekuatan yang bersisa. Kaki terus melangkah. Jiwa yang meronta cuba ditenangkan semula. Hati yang rapuh masih punya sisa semangat yang terus menjadi bekal dalam perjalanan.

Cabaran itu akhirnya berjaya mengubah sesuatu. Tatkala perlu membuat pilihan, mana satu arah jalan keluar yang harus dipilih. Saat itu pentingnya fikiran waras akal manusia untuk membuat penilaian. Ke kanan atau ke kiri. Baik atau buruk. Kejayaan atau kegagalan.

Terserah… 

Semua pilihan ada di tangan kita. Setiap pilihan juga belum pasti pengakhirannya. Tetapi yakinlah, setiap usaha itu tak akan pernah sia-sia. Sepanjang perjalanan itu juga pastinya penuh liku. Terus kuat. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi. 

Akhirnya… semuanya pasti bermula dan bagaimana semuanya bermula terletak di tangan kita.

 

with LOVE

Ashdinaraa_

 

You might also enjoy