Hari ini Ash akan bagi preview 4 novel Ash yang memang mendapat sambutan dan menjadi perhatian khususnya pembaca yang sangat meminati novel romantik. Dan kebiasaannya novel ini memang sangat hangat di pasaran dan terjual lebih dari 700 unit. Alhamdulillah.
Sara Irdina terdesak mencari kerja demi menampung kehidupan di kampus selepas PKP berkuatkuasa. Oleh kerana desakan hidup, dia merayu bekerja dengan sebuah syarikat Interior Design yang masyhur namun ditolak oleh staf yang bekerja di situ. Atas dasar simpati, tuan syarikat tersebut, Adam Qaiser mengambilnya bekerja sebagai pembantu di rumah.
Tak disangka-sangka sepanjang Sara Irdina bekerja dengannya Adam Qaiser tertarik dengan perwatakan Sara Irdina dan jatuh cinta dalam diam.
Akhirnya mereka melangsungkan pernikahan dalam majlis yang sederhana. Halangan terbesarnya ialah di mana perkahwinan mereka ini perlu dirahsiakan dari anak angkat Adam Qaiser, Daniel.
Mengapakah Tuan Adam Qaiser berbuat demikian?
Apakah Tuan Adam Qaiser mampu berkekalan berdamping dengan isteri mudanya?
Siapakah
Haris Iqbal kusut apabila terpaksa menempuh hidupnya dengan anaknya yang masih kecil selepas isterinya meninggal dunia semasa bersalin. Di saat Haris Iqbal memerlukan pengasuh untuk menjaga anaknya, ibunya memperkenalkan Zahirah, seorang gadis yang jauh lebih muda darinya untuk membantu.
Zahirah akhirnya diijabkabulkan dengan Haris Iqbal demi memudahkan urusan penjagaan anaknya. Namun tak disangka di dalam dua dunia yang berbeza ini mereka dihantui dengan masalah kepercayaan.
Apakah kesudahan cinta mereka?
Bagaimana kematangan berfikir dalam menyelesaikan konflik rumah tangga sangat penting lebih-lebih lagi jika ada jurang umur antara pasangan?
Semuanya terjawab dalam cerita Isteri Muda Haris Iqbal
Novel Digital Isteri Muda Haris Iqbal ini telah terjual lebih dari 1000 unit
Hanya kerana dia dihalau dari rumah menjadi sebab pertemuan antara Qiandra dan Dato’ Hayden. Pertemuan yang tak di sangka, tanpa terduga akhirnya berputik rasa.
Bermula dengan niat ingin menjadi penyelamat kepada Qiandra, Dato’ Hayden melamar Qiandra menjadi suri hidupnya. Walaupun perbezaan usia yang ketara antara mereka tidak menjadi oenghalang untuk mereka menyemi cinta membina bahagia.
Namun, tidak ada rumahtangga yang tidak dilanda gelora. Kepercayaan diuji dengan fitnah tanpa disedari.
Adakah mereka berdua berjaya mengharungi ujian yang menanti atau tewas bila diuji. Temui Qiandra dan Dato’ Hayden dalam ‘Dato’ Hayden Qiandra Punya’
Ketika Tuan Qhabab menghitung hari menanti hari bahagia saat diijabkabulkan, tunangnya datang memutuskan tali pertunangan. Kekecewaan Tuan Qhabab sehingga dia memilih untuk kekal membujang.
Konflik bermula bila anak saudaranya Bariq gagal menunaikan janji untuk menikahi Eshal kekasih hatinya. Tuan Qhabab hadir sebagai ganti bagi menyelamatkan keadaan.
Pernikahan berlangsung antara Eshal Qamalia dan juga Qhabab tanpa rela Eshal dan juga Bariq.
“You tak kisah ke kahwin dengan wanita yang hatinya milik orang lain?” ~ Eshal Qamalia
“Untung Bariq dapat kekasih macam you. Tetap setia walau dalam keadaan apa pun.” ~ Tuan Qhabab
Apakah Tuan Qhabab dan Eshal bakal menemui keserasian bersama?
Mengapa Tuan Qhabab memilih jalan untuk menggantikan tempat Bariq?
Masihkah Bariq terus mengejar Eshal demi memenuhi impian yang telah lama mereka bina?
Semua bakal terjawab di dalam novel digital Pak Cik Awak Suami Saya.
Dari kisah luka, kita cipta bahagia