066 Tuan Hadid My True Love

RM17.00

066 Tuan Hadid My True Love

Description

Tihani menempuh usia remajanya dengan begitu sukar. Berkali-kali dia terpaksa menolak tawaran ke asrama penuh kerana masalah kewangan. Impiannya besar, mahu membela nasib keluarga. Kerana tekad dan azam Tihani berjaya memiliki ijazah yang didambakannya. Walaupun tanpa sokongan keluarga dia mampu lakukan.

Pertemuan antara Tihani dan Leona sedikit sebanyak mengubah perjalanan hidup Tihani. Leona selalu bersama-samanya menjadi tempat luahan perasaan juga peneman di kala Tihani kesedihan.

Di satu sudut, Tihani dalam diam telah jatuh cinta kepada Tuan Hadid, daddy kepada Leona. Demi menjaga hubungan baik antara dirinya dan Leona, Tihani hanya memendam rasa. Walaupun ramai yang meluah rasa cinta pada Tihani. Cinta pandang pertamanya pada Tuan Hadid tetap tersimpan kemas di dalam hati.

Tihani dan Leona akhirnya terpisah demi mencapai matlamat melanjutkan pelajaran di universiti pilihan masing-masing hingga bertahun lamanya. Selepas berjaya menamatkan pelajaran Tihani berjaya mendapatkan pekerjaan. Siapa sangka Tihani bertemu kembali dengan Tuan Hadid yang merupakan majikan di tempat kerjanya.

Tanpa dia sedari rupanya Tuan Hadid juga memendam rasa pada Tihani. Namun perasaannya disimpan kemas kerana menyedari jarak usia antara mereka. Hinggalah suatu hari selepas mendengarkan segala luahan perasaan dari Tihani dan juga hasil dari doanya, Tuan Hadid ambil keputusan untuk menikahi Tihani.

“I nak you jadi isteri I. I nak kita kahwin… wait… maybe you akan anggap I ni gatal, pervert or what ever. Tapi ini luahan Ikhlas dari hati I. I sukakan you. But.. I tak paksa untuk you terima. You ada pilihan sendiri…” ~Tuan Hadid

“Saya setuju.” ~ Tihani

Akhirnya mereka bersatu sebagai suami isteri. Tihani akur dengan permintaan suami yang mahu merahsiakan pernikahan mereka. Mereka berdua bahagia menyulam kasih dan cinta.

Namun bahagia mereka dirundung ujian yang datang menimpa.

Mampukah mereka bersama meneruskan ikatan cinta yang dibina atau mereka memilih untuk berputus asa demi menjaga hubungan?

Semuanya akan terungkai dalam kisah Tuan Hadid My True Love