Description
‘Fake Boyfriend’ itulah gelaran yang disandang Harith saat pertemuan awal dengan Nia. Nia perlukan Harith sebagai pelakon dalam kisah hidupnya demi selamatkan keadaan. Tawaran dari Nia diterima oleh Harith tanpa banyak soal.
“Awak… awak nak jadi boyfriend saya?” ~Nia Zulaikha“Fake boyfriend?” ~Harith“Yup. FAKE boyfriend. Nak tak?” ~Nia Zulaikha
Tanpa diduga kehadiran Harith dalam keluarga Nia diterima dengan baik. Harith sangat disenangi oleh mama dan abah Nia. Kemunculan Harith dalam hidup Nia membuatkan Azam bakal suami tak jadi Nia naik angin. Dia kembali membuat onar. Datang memujuk rayu mahu Nia kembali bersamanya sedangkan dia yang pergi meninggalkan di saat majlis akad nikah nak berlangsung.
Saat Nia dan Harith asyik menyulam rasa kasih dan cinta, Azam tak putus asa mahu memusnahkan hubungan mereka berdua. Konflik demi konflik mengugat hubungan Nia dan Harith.
Mampukah kisah cinta Nia dan Harith yang masih baru dibina berjaya diselamatkan?
Atau mereka memilih untuk mengalah di tengah jalan.
Hayati kisah Harith dan Nia dalam ‘Fake Boyfriend’ Cik Script Writter


