065 Bersemi Cinta Di Aidil Fitri

RM15.00

Sambutan Ramadan Nadiya terasa suram. Bukan sahaja kerana pernikahan yang dirancang tak menjadi tetapi ditambah lagi dengan rasa tidak puas hati ahli keluarga dengan apa yang telah berlaku.

Semua kesalahan diletakkan di atas bahu Nadiya. Sedangkan bekas tunangnya yang membuat onar. Sehingga Nadiya diugut untuk dibuang dari keluarga jika pernikahan yang dirancang Syawal nanti tak dapat diteruskan. Nadia buntu!

Mujur ada sahabat baiknya Arisa. Arisa sentiasa ada bersama Nadiya saat susah mahupun senang. Sehingga Arisa mendapat idea mahu menyatukan teman baiknya itu dengan abang sepupunya Adam yang juga pernah kecewa dan putus tunang.

065 Bersemi Cinta Di Aidil Fitri

Description

Arisa mula merancang untuk mempertemukan mereka berdua. Arisa dapat rasakan ada jodoh antara Adam dan Nadiya. Tanpa Arisa sedari rupa-rupanya Adam sudah terjatuh hati dalam diam pada Nadiya saat pertama kali bertemu.

Hari yang dinanti tiba jua. Adam sudi menjadi suami Nadiya demi memulihkan hubungan Nadiya dan keluarganya. Namun tanpa di duga bekas tunangan Nadiya muncul pada hari pernikahan mereka. Dia memujuk rayu Nadiya agar menerimanya semula.

Adakah Nadiya kembali pada cinta lama yang buat dia terluka atau Nadiya memilih bersama Adam walaupun waktu itu belum wujud cinta di hati?

Semuanya akan terungkai dalam ebook Bersemi Cinta Di Aidilfitri