060 Body Guard Terlaris Cik Athiya

RM15.00

Raffi, seorang pemuda berusia hujung 20-an. Berbadan tegap, bertubuh sasa, berwajah kacak. Pendek kata dia punya auranya yang tersendiri. Dia dibesarkan oleh Marco, bapa angkat merangkap sahabat baik arwah ayahnya. Dia juga bekerja dengan Marco.

Tugasan menjadi bodyguard kepada seorang gadis yang merupakan ahli perniagaan telah merubah hidup Raffi. Raffi tidak biasa bergaul dengan wanita kecuali mak dan kak longnya di kampung. Mahu atau tidak dia terpaksa biasakan diri.

060 Body Guard Terlaris Cik Athiya

Categories , Tag

Description

Raffi, seorang pemuda berusia hujung 20-an. Berbadan tegap, bertubuh sasa, berwajah kacak. Pendek kata dia punya auranya yang tersendiri. Dia dibesarkan oleh Marco, bapa angkat merangkap sahabat baik arwah ayahnya. Dia juga bekerja dengan Marco.

Tugasan menjadi bodyguard kepada seorang gadis yang merupakan ahli perniagaan telah merubah hidup Raffi. Raffi tidak biasa bergaul dengan wanita kecuali mak dan kak longnya di kampung. Mahu atau tidak dia terpaksa biasakan diri.

Tanpa dia ketahui dalam diam Cik Athiya menyimpan hati padanya. Raffi pula sudah menerima cadangan mak untuk bernikah dengan gadis pilihan mak. Pernikahan Raffi dan Saleha memberi kesan mendalam pada Cik Athiya. Dia pendamkan rasa sakitnya sehingga Raffi tidak mengetahui tentang itu.

Beberapa bulan selepas pernikahan berlangsung, Saleha mula berubah hati. Penyesalan datang kerana menikahi Raffi. Saleha merasakan keputusan untuk menikahi Raffi itu adalah satu kesilapan dalam hidupnya.

“Sal tak merepek. Sal nak bercerai. Sal menyesal kahwin dengan abang.” ~Saleha

“Cakap Sal apa yang Sal nak? Apa yang Sal nak abang ubah. Abang dah bagi tahu semua tentang abang, tentang kerja abang, tentang hidup abang. Semua abang ceritakan pada Sal. Sikit pun abang tak berahsia. Sal kata Sal boleh terima semuanya. Kenapa sekarang jadi macam ni.” ~Raffi

Setelah pelbagai usaha dilakukan Saleha masih berkeras mahu bercerai. Dalam satu situasi yang menekan, Raffi melafazkan cerai ke atas Saleha walaupun waktu itu Saleha sedang mengandung.

Selepas melahirkan, Raffi fikir Saleha akan berubah hati dan mereka akan kembali bersama. Namun sangkaan Raffi tersasar. Saleha pergi meninggalkannya. Anak kecil yang baru dilahirkan juga ditinggalkan. Bersama Raffi. Dia tidak mahu menjaga anak itu. Dia mahukan kebebasan.

Melihat keadaan Raffi yang tertekan dengan tugasan dan juga tanggungjawab menjaga Helena. Cik Athiya mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan Raffi. Tambahan lagi dia sudah jatuh sayang pada bayi bernama Helena itu. Walaupun Tuan Fadhlan, papa Athiya berkeras tidak merestui. Athiya keraskan hati. Pertama kali dia membuat keputusan tanpa restu papa. Mereka berdua diijabkabulkan tanpa pengetahuan Tuan Fadhlan.

Bagaimanakah perjalanan kisah Cik Athiya dan bodyguardnya selepas itu?

Adakah bahagia menanti atau sebaliknya?

Semuanya dalam kisah Bodyguard Terlaris Cik Athiya.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.