038 Bonda Buat Nuha

RM16.00

Ini merupakan file digital Sila sediakan no whatsapp @ email untuk penghantaran file. Terima Kasih 😍

038 Bonda Buat Nuha

Description

Sinopsis/blurb Bonda Buat Nuha

β€œAdira Sofiya binti Abdul Rahman, aku ceraikan kau dengan talak satu. Sekarang aku nak kau ambil barang-barang kau dan keluar dari rumah ni. Aku balik nanti aku tak nak tengok muka kau lagi dalam rumah ni. Faham!” Saat Adira sedang mengandung dia diceraikan. Hidupnya terus berubah. Hilang pekerjaan kerana alahan yang terlalu teruk sehingga tidak mampu bekerja. Ditinggalkan suami kerana sudah tidak punya sumber pendapatan. Hidup Adira bertukar murung.

Setiap hari dia menghabiskan dengan termenung dan mengenang nasib diri. Sehingga Adira terpaksa melahirkan Ketika usia kandungan belum cukup bulan atas sebab komplikasi. Kesedihannya bertimpa bila anak yang dilahirkan pergi buat selamanya selepas sehari dilahirkan. Adira bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Hidupnya penuh luka dan derita.

β€œI nak you duduk sini. Susukan Nuha sampai umur dia enam bulan. You boleh tetapkan berapa pun harganya.” Tengku Nadim. Tatkala ditawarkan menjadi seorang ibu susuan,hati Adira berbolak balik. Tambahan pula sikap dingin Tengku Nadim membuat Adira tidak selesa. Namun, setelah melihat dan mengendong sendiri bayi bernama Nuha membuat Adira terkenangkan anaknya Alesya. Hatinya jadi sebak. Wajah Nuha ditatap lama. Hatinya terus terbuka mahu menyusukan bayi kecil itu. Sehinggalah Adira tidak mampu kehilangan Nuha dalam hidupnya.

Kehadiran Adira sebagai ibu susuan Nuha sering dipertikai oleh Tengku Afefa ibu kepada Tengku Nadim. Dia mendesak anaknya mencari isteri supaya dapat menyusukan cucunya sendiri. Seorang demi seorang dibawa bertemu Tengku Nadim, mengharapkan Tengku Nadim akan memilih wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Namun semuanya ditolak bulat-bulat. Tengku Nadim punya rencananya sendiri. Dia mahu yang terbaik buat Nuha. Dan baginya hanya Adira yang mampu memberikan apa yang dia mahu. Dirinya bukan lagi perkara penting yang haris di afikirkan. Apa yang penting hanya lah yang terbaik buat Nuha. β€œI nak you jadi bonda Nuha.” ~Tengku Nadim. Sebaris ayat yang mencetus tanda tanya buat Adira.

Apakah kisah di sebalik tawaran Tengku Nadim? Semuanya akan terungkai dalam Bonda Buat Nuha.