Description
Inas…
Perjalanan hidupnya penuh duka. Dia adalah tulang belakang keluarga. Berkorban segalanya demi menjaga seorang mak dan memastikan adik-adiknya berjaya.
Namun, lain yang dia harapkan lain pula yang jadi. Setelah mak meninggal adik-adiknya memperlakukan Inas bagai tak ada makna. Satu per satu perbuatan Ikhmal dan Irina memulakan sekeping hati milik Inas. Sehingga dia memilih untuk membawa diri. Demi menjaga sekeping hati miliknya.
Bermulalah kisah hidup Inas sebagai Pembantu peribadi Tuan Waqeel. Kehadiran Inas tidak disukai kerana penampilan Inas yang agak ketinggalan. Tetapi dengan persetujuan Lisa kekasih hati Tuan Waqeel, Inas diterima di situ.
Apa yang Inas harapkan tak menjadi kenyataan. Saat ingin mengubat luka di hati semakin hatinya dilukai. Hati Inas semakin terluka bila dia menjadi isteri paksa rela Tuan Waqeel. Satu demi satu kesakitan terpaksa dihadapi kerna perbuatan orang sekeliling.
Inas terus bertahan. Mengharapkan sinar terang akan muncul dalam hidupnya. Kerana dia percaya, tak ada penderitaan yang abadi. Tak ada kebahagiaan yang kekal. Pasti bahagia akan menyinari hidupnya satu hari nanti.
Sama-sama kita selusuri kisah hidup Inas, saat suka duka dia mengaharungi hidupnya dalam “Isteri Bersyarat Tuan Waqeel”


