058 Isteri Pilihan Bonda

RM15.00

Description

Dato’ Adli Kamarul. Seorang duda yang gagal dalam pernikahan pertamanya. Kegagalan itu buat dia jadi trauma. Merasakan semua kegagalan yang berlaku adalah berpunca dari dirinya sendiri. Bertahun-tahun dia memendam rasa luka. Hidup dalam kekosongan. Sehingga pada suatu masa bondanya, Puan Hadijah tak sanggup lagi melihat keadaan Adli yang hidup sendirian dalam kekosongan hati dan jiwa. Dia ambil keputusan tinggal di rumah jagaan warga emas Laman Qalbi. Tujuannya untuk memberi tekanan pada Adli. Adli tertekan bila bonda tak mahu lagi tinggal bersamanya. Bonda meletakkan syarat yang dia akan kembali tinggal bersamanya Adli setelah Adli bernikah. Satu hal yang paling susah untuk Adli tunaikan.

Sehinggalah pada satu masa semuanya jadi berlarutan. Kemunculan seorang gadis bernama Hana yang menjadi calon isteri buatnya menambah lagi keserabutan dalam hidup Dato’ Adli. Kali ini bonda mendesak untuk Dato’ Adli menerima gadis itu. Jika tidak sampai bila-bila pun bonda tak akan kembali tinggal bersamanya.

“Kalau Ad kahwin baru bonda balik duduk dengan Ad. Selagi Ad tak kahwin bonda tetap nak tinggal dekat sini.” ~Hadijah

Tidak cukup dengan desakan dari bonda, gadis bernama Hana itu juga sering membuat cubaan menggodanya. Ada sahaja perbuatan Hana yang menjadi punca amarahnya. Sikap gedik gadis itu yang cuba mendapatkan perhatiannya juga buat Dato’ Adli rasa merengsa.

“Hai Dato’ nak balik dah ke?” ~Hana
“You nak apa?”~Dato’ Adli
“I nak you.” ~Hana

Demi memuaskan hati bonda akhirnya Adli bersetuju dengan permintaan bonda. Apa yang penting dia dapat membahagiakan bonda. Namun ajal maut di tangan Allah. Tak sampai 24 jam dia menjadi suami buat Hana, bonda pergi selamanya. Meninggalkan seorang pengganti untuk menemani hidup Adli. Bagai mengetahui ajalnya akan tiba.

Adakah isteri pilihan bonda mampu membawa bahagia dan menghalau semua luka yang dipendam sekian lama.

Atau rumah tangga yang dibina tanpa cinta itu akan pergi bersama perginya bonda buat selamanya.