Jodoh Pilihan Mama

RM15.00

Setelah kecewa dengan harapannya memiliki Dahlia Talita seorang wanita dambaannya sekian lama, Arman Hidayat membiarkan kekosongan ruang hatinya tak berpenghuni.

Dalam masa yang sama Saleha yang merupakan ibu tunggal mempunyai seorang anak yang juga peniaga kecil terdesak mencari perlindungan kerana dihalau keluar dari rumah pusaka arwah suaminya.

Atas dasar perikemanusiaan dan kasihan, ibu Arman Hidayat, Datin Murni mempelawa Saleha untuk tinggal sementara dengan mereka.

Niat asal Datin Murni hanya menumpangkan sementara bertukar menjadi sayang dan kasih kepada Saleha yang sememangnya menepati ciri-ciri menantu idamannya.

Akhirnya Datin Murni menyatakan hasrat kepada Arman Hidayat agar memperisterikan Saleha Natasya.

Jodoh Pilihan Mama

Description

Namun cinta tidak boleh dipaksa. Arman Hidayat masih belum mampu menerima Saleha Natasya walaupun telah bersetuju dengan pernikahan yang dirancang.

Keduanya memendam rasa yang mana tidak disuarakan hinggakan terbentuk tembok kepercayaan pada tujuan perkahwinan mereka.

Saat Arman sudah bulat hati menerima Saleha, berlaku satu kemalangan yang melibatkan Arman. Arman hilang keyakinan diri. Sering merasa dirinya terlalu menyusahkan.

Masing-masing terus memendam rasa…

Adakah perasaan yang terbuku dalam lubuk hati mereka berdua akan terluah jua?

Atau

mereka lebih rela memilih jalan sendiri?

Semua terjawab dalam Jodoh Pilihan Mama

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.