055 Mummy Ekspress : Requested By Calisa

RM15.00

Novel ini merupakan novel digital dan ianya memerlukan peranti digital yang sesuai untuk dibaca. Harap maklum

055 Mummy Ekspress : Requested By Calisa

Description

Sinopsis/blurb!

“I nak auntie jadi mummy I,” ~Calisa.

“Tak mungkin. I tak nak,” ~Zenia

“Biasanya kalau I nak, I mesti dapat. Daddy akan ikut je apa yang I nak selama ni.” ~Calisa

Mereka berdua punya perangai yang sama. Manja!

Calisa, ditinggalkan ibu saat masih bayi. Hidup bersama daddy yang sentiasa mahu memenuhi keinginannya. Cayden mencuba sedaya upaya memenuhi keperluan Calisa agar anaknya tidak merasa kekurangan. Namun tanpa dia sedari apa yang di beri tidak sama dengan perhatian da kasih sayang seorang wanita bergelar ibu.

Zenia, anak bongsu dalam keluarga. Limpahan kasih sayang membuat dirinya leka. Segala yang dia hajatkan pasti di penuhi. Zenia kurang rasa empati dalam diri. Tidak pernah merasai beban tanggungjawab.

Keputusan Hajah Laili yang menerima pinangan dari sahabat baik suaminya untuk menyatukan Zenia dengan Cayden. Duda anak satu. Pernikahan terjadi demi memenuhi keinginan Calisa yang mahuhan Zenia menjadi mummynya. Dalam keterpaksaan Zenia menjadi mummy ekspress buat anak kecil bernama Calisa.

Hubungan mereka tidak seindah yang digambarkan. Setiap hari ada sahaja yang tak kena. Hubungan Zenia dan Calisa ibarat anjing dengan kucing. Membuat Cayden buntu. Hilang punca.

Berlaku perbalahan tiga penjuru antara Calisa, Zenia dan juga Cayden. Sehingga sampai satu saat pertelingkahan sampai ke kemuncaknya. Sehingga mengubah situasi antara mereka bertiga.

Setiap dugaan yang mendatang pasti ada hikmah di sebaliknya. Selepas hujan pasti ada pelangi yang indah. Begitulah dengan hubungan mereka bertiga. Ketika bahagia mula bertandang, muncul dugaan menguji hubungan suci mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan yang di bina atau mereka memilih untuk meneruskan perjalanan hidup masing-masing bagi mengubat hati yang luka.

Semuanya ada dalam kisah Mummy Ekspress Requested by Calisa.