Description
“Ermm… I perlukan suami, you perlukan tempat tinggal. I nak you jadi suami I dan masalah tempat tinggal you selesai.” ~ Inaara
Hanya kerana ingin bebas dari gangguan bekas suami yang narsasist, Inaara mencari jalan mudah. Pernikahan adalah jalan terbaik. Apatah lagi bernikah dengan lelaki yang digeruni bekas suaminya.
“Cik Naara… ini dah macam kita persendakan hubungan pernikahan. Saya tak setuju cik. Maafkan saya.” ~Umar
Pernikahan berlangsung juga. Satu masalah selesai namun masalah lain pula yang menjelma. Inaara sering menidakkan perasaan cinta yang mula berputik dalam hati dek kerana trauma yang menghantui.
‘Perlahan-lahan saya akan ubati luka di hati Cik Naara…’ ~Umar
Hubungan rahsia mereka akhirnya diketahui oleh keluarga. Hanya kerana kata-kata buat hati terluka. Umar membawa diri kerana sedar akan kekurangan diri.
Adakah masih ada cinta yang akan bersemi untuk dua pemilik hati. Atau hanya luka yang tak kan terubati.



Reviews
There are no reviews yet.