Sekali Ini Aku Ingin Bahagia

RM16.00

Ayu Nadira lahirnya bukan dari cinta yang dirai, tetapi dari dosa yang dikeji. Nama seorang lelaki bergelar ayah tidak pernah terukir di mana-mana dan dunia menyambut kehadirannya dengan pandangan yang sarat kasihan dan nista. Ayu Nadira teruskan hidup bersama ibu yang dibayangi kisah silam hitam tanpa henti. Sejak kecil, dia belajar menelan ejekan, menahan air mata, dan bersembunyi di balik diam.

Bagi Ayu hidup adalah perjuangan tanpa henti bukan kerana dia sempurna, tetapi kerana dia manusia. Hanya itu pilihan yang dia ada. Di setiap langkah, ada suara yang mengingatkan bahawa dia tidak layak untuk bahagia. Tidak layak untuk dicintai. Tapi Ayu tidak pernah berhenti bermimpi.

Description

Saat Ayu merasakan dia tak layak untuk dicinta hadir seorang lelaki dalam hidupnya. Zaman Ilyas, lelaki yang memiliki cinta sejati hanya untuk gadis bernama Ayu Nadira. Namun hubungan mereka tak bertahan lama. Ada sahaja yang menjadi penghalangnya.

Bertahun lamanya mereka terputus hubungan. Masa dan takdir menemukan mereka kembali. Namun situasinya tidak sama. Tak ada lagi tawa mesra. Semuanya terasa janggal walau dalam diam sama-sama memendam rindu dan cinta yang membara.

Ayu diuji lagi. Kali ini Ada Zaman Ilyas di sisi untuk menghulur bantuan. Kebencian yang disulam dalam hati tak mampu melawan rasa cinta yang hadir sekian lama. Zaman tewas. Dia sedar hanya Ayu Nadira satu-satunya wanita yang bertahta dalam hatinya.

Mampukah Ayu Nadira menggapai bahagia yang dia cari selama ini atau dia tewas dalam menempuh jalan yang penuh duri?

Dapatkah Ayu Nadira dan Zaman Ilyas mempertahankan cinta mereka dan hidup bersama selamanya?

Atau

Mereka memilih untuk mengalah dan melepaskan segalanya.

Dalam perjalanan mencari makna bahagia mereka akhirnya mengerti bahawa bahagia bukan milik mereka yang sempurna, tetapi milik hati yang berani saat diuji dan sabar menanti.

Temui Ayu Nadira dan Zaman Ilyas dalam kisah “Sekali Ini, Aku Mahu Bahagia”