Tahanan Cinta Kayle

RM16.00

Dendam membelenggu hati. Namun cinta menjadi hukuman paling menyakitkan.

Selepas kematian ayahnya, Nayra Hale kehilangan hampir segala-galanya. Hidupnya terumbang ambing, teman lelaki curang, sahabat mengkhianati, dan ibunya pula bertarung nyawa di hospital. Saat hidupnya berada di penghujung harapan, muncul seorang lelaki yang menawarkan jalan keluar… dengan satu syarat.

Kayle, lelaki dingin yang digeruni ramai. Ketua sebuah organisasi berpengaruh yang selama ini menyimpan dendam terhadap keluarga Nayra. Demi melunas dendam hidup Nayra terikat dengan lelaki itu. Ikatan yang tak mudah terlerai. Perkahwinan!

Tahanan Cinta Kayle

Description

Perkahwinan itu hanyalah sebahagian daripada rancangan balas dendamnya. Dia mahu Nayra merasai setiap kesakitan yang pernah ditanggungnya sebab kehilangan ahli keluarga. Bagi Kayle, Nayra juga tak layak merasa bahagia sepertinya.

Namun, sesuatu yang tidak pernah dirancang berlaku. Perancangan Kayle memakan diri. Semakin Kayle cuba menyakiti Nayra, semakin kuat wanita itu menakluki hatinya. Di sebalik kelembutan Nayra, tersembunyi kekuatan yang perlahan-lahan mencairkan hati lelaki yang selama ini hidup tanpa belas kasihan.

Tatkala cinta mula berputik, rahsia demi rahsia terbongkar. Pengkhianatan daripada orang paling dipercayai, fitnah yang meragut nyawa, dan musuh yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Kayle memaksa mereka memilih antara dendam atau masa depan yang bahagia.

Mampukah cinta memadam api kebencian yang telah lama membara?

Atau… adakah Nayra hanyalah tahanan dalam permainan cinta seorang lelaki yang tidak pernah mengenal erti melepaskan?

Kisah ini akan terungkai dalam karya Tahanan Cinta Kayle “Hadir Cinta Di Balik Dendam”