Ash ada menerima beberapa soalan yang bertanyakan bagaimana Ash mendapat idea untuk menulis. Actually, Ash bukanlah seorang penulis profesional ataupun pakar. Ash menulis hanya kerana minat dalam bidang penulisan.

 

Ash juga tak lari darai masalah kekeringan idea dan hilang mood dalam menulis. namun kebiasaanya tidak lama. Ash akan berehat seketika dan akan menyambung semula aktiviti menulis.

 

Ada beberapa cara yang Ash gunakan untuk memyudahkan sesi penulisan sesuatu karya. untuk kali ini, Ash akan bercerita  teknik yang Ash gunakan.

 

Teknik pertama, Ash akan merangka keseluruhan jalan cerita dari permulaan, konflik dan juga bahagian akhir. Ash akan membuat pembahagian dalam bentuk bab dan merangka apa yang akan berlaku dalam setiap bab itu. Jadi, apabila mula kekeringan idea, Ash akan mula melihat rangka yang telah disediakan pada idea asal cerita itu.

 

Selain dari itu, Ash lebih gemar meletakkan sasaran dalam menyiapkan sesuatu karya. Disebabkan sikap menepati masa dan pelan perancangan, Ash akan berusaha untuk menyiapkan mengikut date line. Walaupun Ash membuat self publish pada semua karya Ash dan tidak terikat dengan sesiapa, namun Ash sentiasa menerapkan disiplin dalam berkarya. sama sahaja seperti melakukan kerja hakiki. Setiap sasaran yang ditetapkan pasti boleh dicapai dengan disiplin yang tinggi.

 

Sebagai penulis kita perlu sentiasa memartabatka karya kita sendiri. yakin dengan apa yang kita lakukan. Jangan putus asa. jauhkan diri dari circle toksik dan fokus menyampaikan mesej dalam karya yang kita cipta.

 

Jadikan karya kita sebagai ladang pahala selain untuk kegunaan hiburan para pembaca. pastikan ada sisi moral yang boleh djadikan panduan hidup dan unsur nasihat menasihati dalam karya-karya kita.

 

Sekian, celoteh Ash untuk kali ini. kita jumpa lagi dalam entri selepas ini.

 

chill…..

You might also enjoy