Sale!

049 & 050 Kombo Khayra Emira

Original price was: RM32.00.Current price is: RM28.00.

Semua novel kami adalah dalam bentuk digital. Sesuai dibaca menggunakan peranti digital.

049 & 050 Kombo Khayra Emira

Description

Sinopsis KHAYRA EMIRA: Tatkala Hatiku Terluka

Khayra Emira merupakan anak tunggal Tan Sri Khalid. Dia berjaya mendapatkan kerjaya yang diidamkan sebagai seorang guru namun mendapat tawaran mengajar jauh di pedalaman. Khayra tekad menerima tawaran demi menyahut cabaran. Lagipun itulah yang dia idamkan.

Khayra Emira tidak mendapat sokongan dari Tan Sri Khalid yang tidak mahu Khayra berjauhan darinya. Berbeza dengan tunangnya Ayden Miqdad. Ayden menerima keputusan Khayra dengan baik. Malah memberi sokongan penuh.

Hari pertama di tempat baru menemukan Khayra dengan seorang lelaki bernama Hilal Khalish. Khalish adalah orang yang banyak membantunya walaupun hubungan mereka tidak begitu baik di awal pertemuan.

Terlalu banyak konflik dan ujian yang menimpa Khayra sepanjang mengajar di Kampung Ulu. Sehingga jiwa kental Khayra teruji. Khayra gagal meneruskan tekadnya. Dia memilih untuk pulang ke bandar kembali.

Ujian datang bertimpa. Saat dia memerlukan orang yang disayangi dalam hidup untuk memberi semangat dan kekuatan, cintanya dikhianati. Satu kebenaran yang menyakitkan terungkai. Sehingga Khayra membuat keputusn untuk memutuskan pertunangan dan kembali ke Kampung Hulu.

Ayden tidak berputus asa. Khayra penting dalam hidupnya. Demi masa depannya yang terjamin pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan Khayra.

Khayra mengambil langkah drastik. Bagi mengelak gangguan Ayden dia membuat keputusan untuk berkahwin. Tawaran diberikan kepada Khalish.

Apakah ikatan perkahwinan ini mampu menjadi jalan keluar buat Khayra?

Semuanya terjawab dalam Khayra Emira : Tatkala Hatiku Terluka

 

—————————————————————-

Sinopsis KHAYRA EMIRA: Hatiku Kini Milikmu

Ikatan pernikahan yang ditemetrai antara Khalish dan Khayra tidak mengubah hubungan mereka berdua. Semuanya terasa hambar dan kekok. Masing-masing membawa haluan sendiri. Khayra mahupun Khalish, kedua-duanya banyak bermain dengan kata hati sendiri. Gagal meluahkan keinginan yang tersimpan di lubuk hati.

Ketika Khalish mula berusaha mencuri sekeping hati milik Khayra Emira, muncul pula Shuhada yang merupakan bekas kekasih Khalish. Terbit rasa cemburu di hati Khayra tetapi dia cuba menidakkan.

Ketika bahagia mula menyinari rumahtangga mereka ada ujian lain datang menimpa. Khayra dipukul sehingga keguguran akibat dendam. Tan Sri Khalid yang sememangnya tidak menerima Khalish sebagai menantu mula mempertikaikan kreadibiliti Khalish.

Bagaimanakah kisah rumahtangga Khayra dan Khalish seterusnya?

Mampukah mereka menghadapi setiap ujian dan halangan dalam menggapai bahagia?

Adakah kisah cinta indah akan terukir buat Khayra Emira dan Hilal Khalish?

Semuanya terjawab dalam Khayra Emira : Hatiku Kini Milikmu