Description
“Awak fikir tak apa yang saya fikir Rizka?” Soal Iskandar.
“Rizka cuma fikir kalau dia orang kahwin, Zayn nak kena panggil Rizka mummy ke? Geli geleman pulak rasanya.” Riak wajahnya keduanya berubah. Berkerut-kerut dahi masing-masing.
“Abang pun fikir benda yang sama. Zayn panggil abang daddy. Ya Allah… kejamnya dunia ni.”
Inilah yang berlaku bila Maryam gadis berusia 20 tahun berjatuh cinta pada sahabat baik daddynya sendiri yang merupakan pensyarah di kolej tempat dia belajar.
Rasa cinta yang hadir tiba-tiba itu membuatkan Maryam tak pernah jemu cuba menarik perhatian Zayn.
Bagi Zayn pula, cinta sudah tidak wujud dalam hatinya. Selepas dikecewakan dia sudah serik. Bagi Zayn dia tak akan pernah mencinta dan dicinta. Cukuplah kesakitan lama yang dirasainya.
Bagaimanakan Maryam mencuba mencuri sekeping hati milik Zayn?
Berjayakan mereka mengharungi ujian dan mendapatkan cinta yang didambakan?
Semuanya dalam “I Love You Mr. Beku”
Reviews
There are no reviews yet.