Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the mailpoet domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home3/iklangem/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bab 2 (Sempurna Denganmu) – Ashdinara Official Blog

Ketenangan yang aku rasai sejak pagi tadi, ternyata hanyalah sementara sahaja. Semua ketenangan itu di bawa pergi saat bilik aku diterjah along.

“Diff, baby kau masuk hospital!”

What? Why? When? How?

“Eh, budak ni banyak pula soalan dia. dah pergi la tengok dia dekat hospital sana tu. Dia tengah tunggu engkau tu.”

“Diff?” Jari telunjuk aku naik merujuk kepada diri sendiri. “Kenapa pula dia tunggu Diff?”

“Mesti la tunggu kau. Tak akan dia nak tunggu along pula. Dah kau pergi la. Along cover kau.” Belum sempat aku bertanya lebih lanjut kelibat along hilang di sebalik pintu.

“Hospital mana? Bukan satu je hospital dekat KL ni. Along ni pun…” aku merungut

“Ting!” Bunyi notifikasi pesanan di telefon bimbitku. Aku buka dan baca. Perkongsian lokasi oleh along menjawab segala persoalan ku tadi.

Langkah kaki semakinku lajukan sebaik sahaja mengetahui punca sebenar si dia di masukkan ke hospital ini. Tak sabar rasanya nak bertemu dan si dia. Sebaik sahaja sampai di depan pintu wad dia. Aku terpegun di situ. Mencuri lihat kelibat orang di dalam sana.

Melihatkan suasana tenang di dalam sana dan si dia yang tidak ditemani sesiapa. Aku terus menghela nafas panjang sebelum pintu wad aku tolak kasar. Mata aku mencerlung memandang si dia yang sedang terbaring di situ.

Dia la baby yang di maksudkan along tadi. Hairah Insyirah atau lebih mesra aku gelarkan baby. Si baby yang langsung tiada kaitan dengan ku namun tetap sahaja mulut ini ringan memanggilnya baby, dia pula selamba sahaja menggelarkan aku abang. Entah atas dasar apa, aku sendiri tidak pernah mengambil tahu perihal itu. Kerana aku sendiri dalam diam merasakan selesa di panggil sebegitu.

“Dah puas hidup? Kalau nak sangat mati, bagitahu abang. Senang abang humban je dekat gaung sana tu? Yang sampai nak kena telan pil bukan-bukan tu kenapa?” hambur aku tanpa sempat bermukadimah, terus sahaja ke isi penting. Pandangan mataku turut sama ku tajamkan setajam lidah berbicara.

Sakit sungguh hati ini sewaktu mendapat tahu daripada rakan-rakan di pejabat tadi, yang si dia di masukkan ke sini atas sebab terlebih mengambil pil kurus! Mengapa? Dah puas hidup agaknya baby debab ni. Geramnya aku!’

“Mana dapat pil mengarut tu? Kurus tak dapat, sakit pula yang dapat!” Sambung aku lagi. Kalau kau rasa aku dah puas melempiaskan marah, memang kau orang silap besar. Marah aku masih bersisa lagi ni. Lebih-lebih lagi apabila melihat dia yang terbaring sahaja disitu. Tidak mampu langsung membalas setiap serangan aku.

Kebiasaannya, dialah juara melawan. Pantang aku memulakan serangan pasti dia akan bangkit membalas balik. Tapi kini, diam sahaja tanpa mampu langsung membela diri.

“Encik?” Mata aku terus sahaja berpaling melihat gerangan siapa yang telah mengganggu konsentrasi aku dalam memarahi si chubby ini.

“Minta maaf… Encik ni…” Belum sempat wajahnya aku lihat, dia sekali lagi bersuara.

Dan sebaik sahaja mata bertembung mata. Aku terpegun, bukan kerana ketampanan lelaki ini, bukan juga kerana white coat yang tersarung di tubuh itu, tapi semuanya kerana aku kenal gerangan lelaki itu.

“Kau?” Serentak kami bersuara.

“Hadiff Fayyadh? Kau buat apa dekat sini?”

“Kau tu pula buat apa dekat sini Seth Isaac? Don’t tell me. Kau doktor si gendut ni?”

“Si gendut kau panggil dia? Tak baik la wei. Kau ni mulut masih longkang eh?” Tegur Isaac spontan. ‘ceh, aku tahulah dia tu lelaki budiman di abad ini. Natural born seducer, penggoda alami. Suka hati dia je kritik aku’

“Dah memang betul dia gendut kan? Tak akan aku nak panggil dia si kurus pula? Kan ke bagi harapan palsu namanya tu?”

“Kau ni Diff. Macam mana la si Nelly boleh syok dekat kau? Pelik aku tahu tak?”

Nelly, bekas kekasih aku yang juga merupakan cinta pertama Isaac, atau boleh juga dikatakan cinta mati si Isaac  ini. Sejak kecil dia memendam rasa dengan Nelly, alih-alih aku datang dan merampas Nelly daripadanya. Sejak itu juga kami jarang sekali bertemu lebih-lebih lagi apabila Nelly aku tinggalkan. Marah betul dia apabila aku mempermainkan Nelly kesayangan dia tu.

“Apa khabar minah tu sekarang?” Dia menjongket bahu tanda tidak tahu atau mungkin tidak mahu ambil tahu.

“So, ini baby baru kau?” Soal dia merujuk kepada si gendut yang sedang terbaring di katil itu. Aku hanya mampu tergelak sahaja. Tak akan la baru beberapa tahun tak jumpa dia sudah hilang ingatan pula. Mana mungkin aku dan baby bersama. Andai kata aku hilang ingatan pun, kebarangkalian untuk aku bersama dengan si gendut ini agak mustahil. Tak mungkin la kehendak aku pada perempuan boleh jatuh menjunam sebegitu sekali. Tak ada langsung ciri-ciri wanita idaman aku pada si chubby ini.

“Tak sangka pula aku, Hadiff Fayyadh dah berubah taste. Mana pergi semua kekasih-kekasih model kau tu? Dah insaf ke kawan?” Perli dia. Ini baru betul Seth Isaac yang aku kenal.

“Tak ada makna. Budak ni pekerja aku la.” Aku menjawab spontan.

“Pekerja pun kau try? Tak agak-agak kau ni pun.” Isaac sahaja menambah perlian biar telinga aku boleh terbakar.

“Wei! Tolong sikit. Kau ingat aku apa? Budak ni, adik aku je la. Mana ada apa-apa.”

“Habis tu baby tadi tu apa? Siap ber abang lagi…”

“Dia adik aku je la. So, kau ke doktor yang rawat dia?”

“Bukan la. Aku just nak lawat dia je. Pakar refer kes dia dekat aku. Sebab berkemungkinan besar ada unsur-unsur masalah psikologi.”

“Maksud kau?”

“Pengambilan pil kurus dalam kuantiti berlebihan, mungkin akibat tekanan perasaan atau desakan luar yang sekaligus menyebabkan dia bertindak di luar kawalan. But now that I know her brother… Tak mustahil la dia tertekan. Mulut longkang kau tu la puncanya ni.”

Air liur yang ditelan tiba-tiba rasa payau, tak akan la sebab aku pula. Bukan sehari dua aku kenal chubby ni. Setahun lebih dah. Dia pun dah masak dengan perangai aku, dengan mulut yang cakap ikut sedap je. Tak akan la sebab aku juga. Ini mesti sebab lain. Entah-entah dia kena reject dengan crush ke kan, mana tahu? Budak gendut macam ni, tak mustahil la kalau di reject berkali-kali.

“Jangan terlalu mengejar kesempurnaan Diff. Kita sendiri tak sempurna. Jangan sampai terlepas apa yang di depan mata sebab nak mengejar sesuatu yang belum pasti.” Tegur Doktor Isaac.

Risau pula aku berborak dengan doktor psikologi ni. Belum apa-apa lagi dah kena dengar ceramah percuma.

“Eh, aku balik dulu la ya? Aku banyak kerja lagi sebenarnya ni. Lagipun budak ni pun tak sedar lagi kan. Nanti dia sedar aku datang lagi la ya.” Tanpa menunggu lama, aku terus berlalu pergi. Tak sanggup pula rasanya nak menadah telinga mendengar ceramah percuma Doktor Isaac .

Bersambung…. Kalau rasa tak puas boleh dapatkan di link di bawah samada single atau combo dengan harga terbakar nafsu!!