Pasti ada banyak yang aku perlu korbankan untuk mencapai kejayaan yang aku pernah impikan suatu ketika dulu. Aku melepaskan keluhan berat. Pengorbanan itu kadangkala sukar untuk dilakukan. Bukan kerana peritnya berkorban tetapi kerana sakitnya menahan rasa.
“Cik Manis ku sayang, dari tadi I nampak you mengeluh. Ada masalah ke?” soal Haikarl yang tiba-tiba muncul.
“Berapa kali dah I cakap, stop calling me sayang Karl.” Aku mendengus geram. Tidak suka dengan gurauan Haikarl.
“Kenapa nak serius sangat ni? Jantung you berdegup kencang ke tiap kali I panggil sayang?” soal Haikarl yang sudah berdiri di depan meja kerjaku dengan kedua tangan memeluk tubuhnya. Aku mengerling sekilas ke arahnya.
‘Kacak macam ni pun masih jadi bujang terlajak lagi. Sibuk nak ganggu aku.’ aku berbisik sendiri.
“You mengumpat I ke Manis?” serius suara Karl menegurku.
“Nama I Manisah la. Call me Nisa. Manis… manis… Kalau kena kencing manis macam mana? Padan muka you” Aku menegurnya lagi namun disertai tawa dihujung. Cuba mengawal situasi agar tidak menjadi tegang.
“Untuk you I kena kencing manis pun I sanggup tau.” Haikarl terkekeh ketawa.
“Hish… dasar sweet talker. Menyampah betul.” aku menjeling kearahnya.
“Menyampah ke suka cik Manis ku sayang?” Haikarl angkat-angkat kening. Memang hobi dia menyakat aku agaknya.
“Dah la Karl, stop panggil I sayang, stop panggil I manis.” aku memberi amaran.
“Biarlah I nak panggil Manis. Nama Manis tu eksklusif untuk I je.” jawab Haikarl lalu menarik kerusi di hadapanku.
“Suka hati you je nak hak eksklusif. Ingat you laki I.” Aku mengumam. Sambil tangan muka menyemak kerja-kerja yang ada di atas meja.
“Dah lama I tunggu nak jadi laki you. You tu yang jual mahal sangat.” kata-kata Haikarl kedengaran seperti orang menyerah. Aku buat tak tahu sahaja. Seolah tidak mendengar kata-katanya.
“…eh you jadi ke nak cuti minggu ni? sebelum cuti make sure kerja you selesai dulu ye.”
“I tak jadi cuti.” jawabku bersama keluhan.
“Kenapa?” nampak dahi Haikarl berkerut.
“Ikhmal nak ambil anak-anak petang ni. Nak bawa bercuti ke Sabah katanya.” jawab ku.
Hati mula dipagut kesayuan. Mengenang nasib diri akan tinggal bersendirian selama seminggu ini.
“Tak apalah. You boleh me time.” Haikarl berkata lembut. Aku tahu dia cuba menenangkanku.
“I rasa kosong kalau diorang tak ada dalam hidup I Karl.”
Aku luahkan apa yang tersimpan dalam hati. Bertapa pentingnya anak-anak dalam hidup aku. Aku sanggup korbankan apa sahaja untuk mereka.
“You kena biasakan diri juga. Diorang semakin membesar. Makin lama diorang akan tinggalkan you juga untuk bina kehidupan diorang sendiri.” lembut tutur kata Karl.
“Itu I tau. Tapi tu lambat lagi. Sekarang ni I rasa Sophia macam dah mula jauh dari I.” Aku melepaskan keluhan. Pen di tangan aku letak di atas meja. Tak ada mood mahu meneruskan kerja.
“Apa maksud you?”
“Entahlah Karl, tapi sejak akhir-akhir ni I nampak perubahan sikap Sophia. Dia seolah olah menyalahkan I dalam semua yang dah berlaku dalam rumahtangga I dan Ikhmal.”
“Dia nak you dengan Ikhmal bersana balik ke?” soal Haikarl dengan wajah penuh tanda tanya.
“Yup. Nampak macam tu lah.” Aku jawab sambil mengangguk. Memang itu yang terlalu diinginkan Sophia. Aku dan daddynya bersatu kembali. Entahlah. Keputusan yang berat untuk hidup aku.
“So? You setuju?” soal Haikarl lagi. Aku menghembuskan nafas kuat aku menyandar di kerusi kerja ku.
“Susah I nak buat keputusan Karl. It’s hurt. Hati I tak nak tapi I tak sanggup bila di anggap selfish.” Aku menunduk.
“You tak boleh macam ni. Please fikirkan diri you. Sophia tu kanak-kanak. Belum matang. You yang patut berfikir secara matang. You tak ingat ke bertapa sukarnya you nak lalui semuanya dulu.” Haikarl mula membebel.
“You tak faham Karl setiap kali melihat pandangan Sophia pada I. Penuh dengan kebencian. I tak sanggup.” aku meluahkan rasa pada Haikarl. Dia seorang sahaja tempat aku nak mengadu sekarang ini.
“I yakin sangat Ikhmal yang hasut dia. Kalau perangai dia macam tu, I tak rasa dia dah berubah. You jangan terpedaya dengan dia. Pergi terapi tu belum tentu dia betul-betul dah berubah.” nasihat Haikarl dengan nada tegas. Aku angkat kepala memandang wajah Haikarl. Aku tersenyum memandangnya.
“Thanks Karl. Selalu ada time I serabut macam ni.”
“Anytime you perlukan I, I akan ada Manis. Jangan pernah rasa keseorangan.” Haikarl balas dengan kata-kata yang cukup menenangkan. Terasa sentiasa ada yang menyokongku dalam apa pun keputusan yang aku lakukan.
“Thanks jadi sahabat I yang baik.”
“Not only sahabat Manis. I yakin you sendiri tahu perasaan I pada you. Tapi I takkan pernah memaksa you.” Aku menunduk.
Jujurnya aku masih belum mampu membalas cinta Haikarl. Luahan perasaan Haikarl yang seperti ini buat aku tidak selesa. Aku diam tidak berkutik. Tidak pasti jawapan yang bagaimana yang paling sesuai. Jawapan yang tidak membuat Haikarl terasa hati.
“…tak apa lah Manis. I keluar dulu. I nak balik office I. Hopefully you dapat buat keputusan terbaik.
Haikarl bangun dari duduknya lantas keluar dari bilik aku. Aku yakin dia pergi ke pejabatnya sendiri. Haikarl hanya membantu aku di sini. Dia mempunyai perniagaan keluarganya yang perlu dia uruskan. Sesekali dia akan datang ke pejabat ini untuk membantu dalam hal pengurusan dan mesyuarat. Disebabkan dia mempunyai pengalaman dalam berniaga memang aku mengharapkan dari dia untuk membantu. Sementelah dia juga merupakan pemegang saham dalam syarikat ini.
Perasaan Haikarl pada aku bukannya baru. Cinta sudah berputik sejak zaman di kampus. Namun aku memilih untuk tidak menyambut cintanya kerana berpegang dengan prinsip aku mahu menghabiskan pelajaranku dahulu dan barulah aku akan berkahwin.
Namun, sejak menghabiskan pengajian aku terus dipaksa menerima pinangan keluarga Ikhmal oleh bapa saudaraku. Arwah emak hanya menurut kata abangnya. Ketika itu hanya ada aku dan emak sahaja. Nak atau tidak aku terpaksa menerima. Semuanya berjalan dengan begitu cepat. Dalam masa sebulan aku dan Ikhmal telah disatukan.
Sikap aku yang langsung tidak pernah melawan kata-kata orang tua membuatkan aku terus sahaja menerima pinangan Ikhmal dengan Redha. Walaupun tidak mengenali Ikhmal. Aku tetap setuju dengan keinginan ahli keluargaku.
Bila difikirkan kembali aku sendiri tidak faham bagaimana aku boleh begitu mudah menerima seorang lelaki asing yang aku tidak pernah kenali sebagai suami.
Pertemuan aku dan Ikhmal hanya beberapa kali selepas bertunang. Itu pun atas urusan pernikahan.
Ketika itu semua nampak baik-baik sahaja. Ikhmal kelihatan sangat protektif dan penyayang. Walaupun dia tidak begitu mengenali aku namun dia nampak betul-betul inginkan aku menjadi suri hatinya. Aku yang waktu itu berumur awal 20 an begitu naif dalam membuat keputusan tentang masa depan.
Sehinggalah pada suatu hari ketika majlis gradusi aku. Haikarl datang membawa sejambak bunga lalu diberikan pada aku. Aku tersenyum gembira kerana menyangka itu hanyalah sejambak bunga tanda ucapan tahniah dari seorang sahabat atas kejayaan aku menerima ijazah.
Apabila jambangan bunga sampai ke tangan aku. Haikarl duduk dengan menupang sebelah lutut ke tanah. Sambil memegang kotak baldu bersaiz kecil lalu di hulurkan pada aku. Waktu itu wajah aku tersirap malu. Seluruh muka terasa panas. Senyuman manisku bertukar kelat.
Dalam masa yang sama Ikhmal datang memeluk bahuku. Ikhmal memandang wajah Haikarl tajam. Haikarl cepat-cepat bangun. Semua tindakan nya serba tak kena.
“Apa yang kau cuba buat dekat bini aku ni?” Ikhmal bertanya dengan nada keras.
Wajahnya tak perlu digambarkan lagi. Dengan riak biasanya juga sudah cukup kelihatan garang apatah lagi dalam situasi begini.
“Abang, sabar please. Bagi Nisa selesaikan.” Aku bisik pada Ikhmal. Dia menjeing ke arah aku. Tanda tidak berpuas hati. Aku mula kecut perut. sejak sebulan bernikah aku sudah mula kenal sedikit demi sedikit sikap buruk Ikhmal yang selama ini tersimpan kemas.
“Haikarl, sorry. I tak bagitahu you yang I dah kahwin. Ni Ikhmal husband I.” Aku beritahu Haikarl yang dari tadi terkaku di situ.
“…I minta ma….” tak sempat aku habiskan ayat Haikarl telah pergi meninggalkan aku. Jambangan bunga pemberian Haikarl dirampas oleh Ikhmal lalu dicampakkan ke dalam longkang berhampiran. Aku menunduk. Mengalir air mata di pipi.
Itulah kali terakhir kami berhubungan. Sehinggalah setahun lalu ditakdirkan kami bertemu kembali di cafe setelah aku baru sahaja diceraikan.
Memang aku langsung tidak menyangka yang Haikarl masih lagi tidak berkahwin. Sehingga sekarang. Ketika kejadian Haikarl masih lagi belum selesai pengajiannya. Kalau diikutkan ceritanya pada aku, dia menyambung pelajarannya keluar negara membawa hati yang luka. Selesai menamatkan pengajian barulah Haikarl pulang semula ke Malaysia dan memulakan kerjayanya di syarikat milik ayahnya.
Sehingga ke hari ini Haikarl masih menyimpan perasaan pada aku. Namun dia langsung tidak memaksa aku menerimanya kerana dia tahu aku mengalami paranoid terhadap sebuah perkahwinan. Dia menerima keputusan yang aku pilih dengan sebaiknya. Dia sentiasa menghormati setiap keputusan yang aku buat.
Aku banyak terhutang budi pada Haikarl. Namun untuk menerima cintanya agak sukar buat masa ini. Kerana kesakitan yang aku lalui membuatkan aku tidak bersedia lagi. Setiap kali aku memintanya mencari pasangan hidup dia akan berlalu pergi dengan perasaan yang sebal.
Aku mengharapkan dia akan bertemu dengan wanita yang selayaknya untuk dia. Dia terlalu baik untuk seorang janda seperti aku. Ramai lagi gadis cantik, bijak, yang sempurna segalanya sesuai untuk menjadi teman hidup Haikarl yang tidak kurang hebatnya. Personanya, lemah lembut dan sangat protektif mampu menjadi calon suami yang terbaik.
Bersambung! Amboi bukan main leka baca Novel Abang ye. Kalau sedih Abang boleh tolong tadahkan air mata dengan bakul Abang. Abang dan bakul tak dapat dipisahkan! Moh ler beli, set single ada atau combo tebaboo pun Abang sertakan!
-
010 Karl Untuk ManisRM16.00