Setiap kali Ash lakarkan Novel Ash akan cuba masukkan unsur-unsur moral dalam jalan cerita. Biarlah masa melayan Novel dapat juga input baik yang boleh di hadam otak.
Penulisan ini pun ibarat pisau.Boleh digunakan untuk menikam dan dalam masa yang sama boleh buat potong sayur. Bila dah membaca, biasanya pembaca akan dapat membayangkan situasi di dalam novel tersebut.
Jadi kalau ada detik-detik sweet dalam novel yang mungkin boleh bawa pembaca ‘travel’ jauh, kena lah letak batasan agar tak keterlaluan. Lagi-lagi bayangan yang tak sepatutnya.
Selain itu Ash suka kaitkan beberapa masalah yang biasanya berkait dengan perhubungan dan komunikasi dalam rumahtangga. Rata-rata pembaca ada yang terkesan sebab mengalami situasi yang sama.
Antara masalah yang selalu berlaku ialah salah faham dan komunikasi satu hala dalam perhubungan rumah tangga. Dengar je kata suami sampai ke sudah hati kecewa dek tak dapat nak meluah.
Inilah realiti kebanyakan masalah rumah tangga. Jadi Ash selitkan antara perkara yang boleh memantapkan dan mencantikkan hubungan rumah tangga ialah dengan cara berterus terang. Setiap pasangan ada peluang untuk menyatakan apa yang dihajat mahupun yang dia tidak sukai.
Bila dah ‘clear’, Kita sendiri boleh tau selera masing-masing. Jadi lebih manis dan erat hubungan rumah tangga.
Jadi itu sahaja coretan Ash untuk kali ini. Kita jumpa di lain penulisan blog Ash!