056 Ezra Sumaiyah

RM15.00

Seorang gadis yang lahir dalam keluarga yang hidupnya mewah. Merupakan anak tunggal pada Dato’ Elias dan Datin Sherlin. Kesenangan telah menjadikan Ezra seorang anak manja yang suka berseronok tanpa memikirkan masa depannya. Sehingga kesabaran Dato’ Elias teruji. Dia mula bersikap tegas. Ezra diberi tugasan yang agak mencabar iaitu mendapatkan persetujuan penduduk Kampung Sungai Lurus untuk menjual tanah milik mereka. Jika gagal, Ezra akan dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga.

Demi mengelak dari terpaksa bernikah Ezra sahut cabaran itu. Pelbagai dugaan ditempuhinya sehingga dia bertemu dengan seorang lelaki yang merupakan anak jati kampung itu bernama Ahmad Farabi. Farabi adalah anak muda kampung yang baru kehilangan ayahnya. Setelah beberapa tahun dia berkorban masa dan tenaga menjaga ayah yang sakit kini hidupnya terasa kosong. Dia bagai hilang arah.

056 Ezra Sumaiyah

Description

Pertemuannya dengan Ezra membuatkan kekosongan hidupnya terisi. Mereka berdua berkongsi misi yang sama iaitu untuk memberi kesedaran pada penduduk kampung yang selama ini telah dimanipulasi.

“I tak sangka anak muda Kampung Sungai Lurus selemah ini. Patutlah senang nak dipergunakan. Sebab tu si Sarip tu boleh ambil kesempatan senang-senang macam ni.”~Ezra Sumaiyah

“Cik Ezra bercakap atas kepentingan Cik Ezra dan syarikat. Apa yang Cik Ezra tahu tentang kami penduduk kampung? Jangan memandai nak tuduh yang bukan-bukan.”~Ahmad Farabi

Sepanjang tempoh mereka bekerjasama ada pihak yang merah mata. Apa yang mereka lakukan ditentang hebat Tok Penghulu. Sehingga mereka telah diperangkap. Dipaksa bernikah oleh Tok Penghulu. Demi mencapai misi Ezra Sumaiyah dan Farabi bersetuju dengan pernikahan itu. Ezra merahsiakan pernikahan mereka dari Dato’ Elias. Namun… pernikahan rahsia itu membuat Ezra Sumaiyah makan hati. Farabi yang menjadi suami rahsianya menjadi rebutan sahabat baik dan juga staf di tempat kerja. Sahabat Dato’ Elias juga berminat mahu menjodohkan Farabi dengan anaknya. Rasa cemburu mula menyala.

Bagaimana perjalanan kisah Ezra Sumaiyah dan Ahmad Farabi? Semuanya dalam kisah “Ezra Sumaiyah… Hadirmu mengisi ruang kosong dalam hidupku.”