Description
Bila Velvet ditugaskan dalam misi menyelamat seorang lelaki angkuh bernama Qhasid. Mereka berdepan banyak cabaran tetapi cabaran yang lebih besar bagi Velvet ialah bila dia terpaksa berhadapan dengan sikap angkuh, sombong dan ego Qhasid yang melangit.
Tambahan lagi Qhasid yang merupakan lelaki playboy itu mula menggoda Velvet. Qhasid punya aura dan pesonanya yang mampu menggugah jiwa nurani Velvet sebagai wanita biasa.
“Baik kau kunci pintu tu. Aku takut aku tak dapat tahan diri aku.” ~Qhasid
“Kalau kau berani cubalah. Aku patahkan tangan kau nanti,”~ Velvet
Setelah lima hari mengharungi perjalanan bersama. Akhirnya mereka berdua sampai di tempat persembunyian seperti yabg diarahkan Dato’ Ramzi (Daddy Qhasid). Ketika mereka tiba kebenaran disebalik apa yang berlaku terbongkar. Qhasid tak dapat mengawal emosi marahnya. Sehingga rasa cinta yang mula berputik pada Velvet bertukar dendam. Velvet terpaksa memendam rasa. Rasa cinta yang ada disimpan kemas hanya kerana konflik yang berlaku tiba-tiba.
Adakah kisah cinta Qhasid dan Velvet akan berakhir bahagia? atau konflik yang berlaku mampu mengalahkan cinta mereka?
Teruskan menelusuri kisah Velvet dan Qhasid dalam ebook HER MISSION | CODE NAME : Velvet | 5 HARI BERTEMU CINTA