Description
Cinta yang dipendam sejak bangku Universiti membuatkan Dahlia Talita menutup ruang hatinya pada orang lain melainkan hanya untuk Na’il Asadiq.
Biarpun cinta itu tergantung tanpa balasan dari Na’il Asadiq namun Dahlia masih percaya dengan cinta pertamanya itu walaupun Dahlia sendiri tidak pasti dengan perasaan Na’il Asadiq.
Dari satu sudut, Nail Asadiq memerlukan Dahlia Talita dalam bisnesnya untuk mencapai kejayaan yang dicitakan.
Hinggalah suatu hari Arman Hidayat muncul dalam hidup mereka. Sejak dari dulu lagi Arman masih tidak berputus asa untuk memiliki Dahlia Talita.
Bimbang akan perniagaan bersama Dahlia Talita terjejas. Na’il Asadiq mengambil langkah menikahi Dahlia Talita. Walaupun segalanya berlaku secara spontan tetapi mahligai cinta yang dibina itu tidak seindah seperti yang digambarkan.
Na’il Asadiq bukanlah seperti yang digambarkan dan didambakan oleh Dahlia Talita. Na’il Asadiq rupanya membawa dua personaliti yang berbeza yang membuatkan kekecewaan Dahlia Talita menjadi barah dalam rumah tangga mereka.
Apakah Dahlia mampu bertahan dengan kekecewaan yang meremuk keindahan percintaan yang sekian lama didambakan?
Apakah Na’il akan berterusan dengan sikapnya yang mempunyai dua personaliti yang berbeza?
Semuanya bakal terjawab di dalam Kembalikan Cinta Itu.
Reviews
There are no reviews yet.