Description
Kerana terlalu kecewa akibat putus cinta Hardin memutuskan untuk merehatkan diri dan pergi berkelana mengelilingi dunia. Selepas 5 tahun Hardin kembali ke tanah air untuk meneruskan perniagaan yang pernah satu ketika dulu dibina bersama rakan baiknya Agus.
Sebaik Hardin pulang, Agus pula membuat keputusan untuk bercuti. Hardin diminta menguruskan syarikat milik mereka. Bukan sekadar itu, Hardin dipertanggungjawabkan untuk menjaga Amelia. Anak gadis sahabatnya Agus.
Tanpa Hardin ketahui rupanya Amelia sudah lama memendam rasa cinta padanya. Sehinggalah Amelia buat keputusan untuk meluahkan perasaannya pada Hardin.
“Lia nak confess something pada uncle.” ~Amelia
“Apa dia?”
“Lia suka uncle… nope bukan suka but cinta. Lia cintakan uncle.” ~Amelia. Hardin terkesima. Dalam diam dia juag menyimpan rasa yang sama. Namun dia lebih memilih untuk menjaga hubungan antara dia dan Agus. Dia tak akan persiakan kepercayaan yang Agus berikan padanya.
Macam-macam cara yang dilakukan oleh Amelia untuk mendapatkan uncle Hardin. Dia tekad mahu mempersuamikan sahabat baik daddynya itu. Dengan bantuan Nina dan Lila, Amelia tak berputus asa.
Adakah segala usaha Amelia akan berjaya?
Mampukah Hardin menolak cinta sejati Amelia buatnya?
Semuanya akan terjawab dalam kisah Uncle Hardin Suami Pilihan


