Cinta Kedua Kali

RM18.00

Novel ini merupakan novel digital dan ianya memerlukan peranti digital yang sesuai untuk dibaca. Harap maklum

Description

Cinta Kedua Kali

Shahida… sanggup meninggalkan kerjaya yang diimpikan sekian lama. Demi menjaga suami dan anak-anak sebaiknya. Seorang wanita yang taat, patuh, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Setianya pada suami tiada tandingan. Namun… apakan daya. Segala pengorbanan tidak dihargai. Suaminya, Harith memilih untuk mengkhianati.

Pernikahan kedua Harith dengan seorang gadis yang berjaya menarik perhatiannya telah mengganggu gugat rumah tangga yang dibina selama 9 tahun lamanya. Shahida cuba berdamai dengan takdir. Tetapi akhirnya dia tertewas juga dengan tekanan yang membuat lukanya semakin membarah.

“Cukuplah abang. Cukuplah sakiti Sha. Lepaskan Sha. Beri ruang untuk Sha cari bahagia Sha sendiri.” ~Shahida.

Akhirnya rumah tangga yang dibina runtuh kerana pengkhianatan seorang suami. Shahida mulakan hidup baru bersama anak-anaknya. Dia mula mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama dia bertemu Zaren Ferhan, sahabat lamanya.
Melalui Zaren Ferhan Shahida mula membina kerjayanya. Dari hari ke hari Shahida mula selesa dengan apa yang dilakukan. Dia bahagia membina kerjaya yang sekian lama menjadi impian.

Sampai satu masa, Harith kembali menagih kasih. Zaren pula mula meluah rasa. Shahida mula berbolak balik. Sama ada kembali membina rumah tangga bersama Harith atau menerima Zaren Ferhan yang sudah memendam rasa cinta sekian lama.

“Lepaskanlah apa yang menyakitimu dan jangan pernah menoleh lagi. Pasti bahagia menantimu di depan sana.”