Description
“Mak, anak siapa pulak yang mak bawa ni?” Haris Iqbal berbisik di telinga Mak Long Esah gelaran ibunya di kampung.
“Tak kan Haris tak kenal. Zahirah anak Kak Leha. Dulu masa dia kecik rajin kamu melayan dia.”
Begitulah…pertemuan pertemuan kembali Haris Iqbal dengan Zahirah setelah sekian lama tidak bertemu.
Haris pemuda berumur 38 tahun yang kematian isteri semasa melahirkan anaknya meminta pertolongan ibunya Mak Long Esah untuk membantu menjaga anaknya Awliya yang baru lahir. Mak Long Esah tanpa bertanya telah membawa Zahirah ke rumah Haris yang waktu itu memerlukan pertolongan darinya.
Zahirah gadis manis berusia 18 tahun baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan SPM, melarikan diri dari rumahnya dan meminta pertolongan Mak Long Esah untuk menyelamatkan diri dari bapa tiri dan abang tiri yang cuba merosakkan hidupnya selepas ibunya meninggal dunia. Disebabkan tiada sesiapa lagi saudara mara mahupun adik beradik yang ada dalam hidup Zahirah jadi dia meminta pertolongan Mak Long Esah yang memang rapat dengan ibunya sejak dahulu.
Pertemuan Haris Iqbal dan Zahirah membuka lembaran baru dalam hidup Zahirah. Zahirah hanya mahukan tempat tinggal untuk dia berlindung. Manakala bagi Haris, kehadiran Zahirah memudahkan kerja-kerja menjaga Awliya dan juga pengurusan rumah.
Namun hajat Mak Long Esah yang ingin mereka berdua disatukan sebagai suami isteri buat Haris jadi serba salah. Haris tidak merasakan ini masa yang sesuai untu berkahwin memandangkan dia baru sahaja kematian isterinya. Hajat Mak long esah ditolak bulat-bulat oleh Haris . Zahirah pulak hanya menurut yang penting dia tidak kembali ke pangkuan ayah dan abang tirinya yang rakus.
Setelah berfikir panjang dan memikirkan kebaikan untuk kedua mereka, Haris bersetuju walaupun rasa berat hati kerana risau tidak mampu menjadi suami yang baik apatah lagi mahu memberikan hati dan cintanya kerana hati dan cintanya masih kekal untuk Wahida isteri yang baru sahaja meninggalkan dia dan anaknya.
Hadirnya pihak ketiga akan menjadi penghalang dalam hubungan Zahirah dan Haris.
Adakah rumahtangga mereka akan mengecapi bahagia?
Atau
ada konflik yang akan melanda dalam rumahtangga mereka.
Adakah mereka mampu bertahan dalam melayari kisah rumahtangga mereka?
Atau
mereka akan berhenti dari terus memperjuangkannya.
Semuanya akan terjawab dalam karya
“Isteri Muda Haris Iqbal”
“Biar usia membezakan namun jodoh menyatukan”
Reviews
There are no reviews yet.