005 Dua Campur Dua

RM18.00

Kebahagian yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan bertukar menjadi medan luka seorang gadis bernama Delisha, bila dia yang hidup sebatang kara dipergunakan oleh suami yang culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah yang baik.

Sejak mula berkahwin Delisha perlu menanggung seluruh isi rumah yang di diami oleh keluarga mertuanya. Bermula dengan keikhlasan akhirnya menjadi beban yang tak tertanggung dek insan bergelar isteri. Tak cukup dengan itu setiap pengorbanan yang dilakukan langsung tidak dihargai. Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk merubah nasib, akhirnya dia memilih perpisahan sebagai jalan keluar.

005 Dua Campur Dua

Description

Setelah setahun sendiri dia membina hidup bersama anaknya, akhirnya dia membawa diri ke kota Kuala Lumpur kerana ingin menjauhkan diri dari bekas suami yang sentiasa memujuk rayu nya untuk kembali bersama.

Pertemuan dengan Tuan Haqimie seorang duda anak satu yang juga mempunyai pengalaman yang menyakitkan dalam rumahtangga membawa kepada terjalinnya hubungan pernikahan kedua antara mereka berdua. Hubungan yang di bina atas dasar kepentingan kedua pihak dan bukan kerana hati dan perasaan mahupun atas dasar rasa cinta dan sayang.

Adakah perhubungan mereka boleh berkekalan atau akan terpisah juga di tengah jalan?

Bagaimana mereka mampu mengatasi segala rasa sakit yang pernah mereka rasai sebelum ini?

Berjayakah hubungan yang di bina tanpa cinta kekal selamanya bersama mereka.

Semuanya akan terungkai dalam naskah Dua Campur Dua….

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.