Description
Idrees Mikhael…
Bagaimana kisah seorang Idrees Mikhael yang merupakan anak seorang ketua kongsi gelap yang cuba mencari makna kehidupan sebenar setelah dia diberi hidayah untuk mengubah cara kehidupan dari seorang yang menjalankan aktiviti haram kepada menjadi seorang musim sejati.
Pertemuan dengan seorang gadis disebabkan alunan bacaan ayat al-quran yang diperdengarkan tanpa sengaja menjentik tangkai hati Idrees Mikhael. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memiliki gadis yang berjaya membuka pintu hatinya.
Bagi Idrees Mikhael, Husna Umairah mampu menjadi pendampingnya untuk dia bertemu pencariannya selama ini.
Berbeza dengan penerimaan Husna. Bagi Husn Idrees adalah lelaki yang perlu dijauhi. Persepsi buruk Husna pada Idrees Mikhael membuatkan Idrees Mihael terpaksa melakukan usaha dengan cara yang berbeza.
Tidak ada sesuatu pun perkara yang mudah. Lumrah kehidupan bila kita akan sering di uji. Namun adakah mereka berdua berjaya menempuhi semua ujian yang mendatang?
Adakah Idrees Mikhael berjaya menemui cinta Hakiki juga cinta sejati?
Semuanya akan terjawab di dalam naskah “Idrees Mikhael”
“Pencarian aku membawa aku bertemu denganmu”
Reviews
There are no reviews yet.