Description
Pernikahan mereka berlangsung tanpa cinta malah mereka langsung tidak saling mengenali. Isa Idraaki menerima wanita berniqab itu hanya kerana ugutan Dato’ Ismail.
Aisyah… seorang gadis yang mengharapkan seorang lelaki soleh menjadi suaminya supaya dapat
memimpinnya ke syurga diuji bila kehadirannya dalam hidup Isa Idraaki tidak diterima malah dibenci.
Layanan Isa padanya meninggalkan kesan luka di hati.
Namun… tiada siapa yang boleh menolak takdir. Saat Isa berusaha untuk membenci namun rasa sayang dan cinta hadir tanpa disedari. Akhirnya, mereka berdua bahagia bersama menyulam janji. Namun, bahagia yang dimiliki
mula teruji.
Kepercayaan mula diragui. Kesabaran mula hilang dalam
diri. Maka sekali lagi sekeping hati terluka. Adakah Aisyah akan memberi peluang kedua untuk Isa
Idraaki? atau Aisyah memilih untuk kekal hidup sendiri?
Reviews
There are no reviews yet.