Description
Sekian lama menanti akhirnya cinta Vincent untuk Aisyah berbalas. Tanpa menunggu lama mereka berdua diijabkabulkan.
“Selamat menjadi isteri saya Aisyah. Saya harap kita akan lalui apa jua halangan dan dugaan bersama-sama. Semoga bahagia milik kita sampai syurga” ~ Vincent
“Good Luck Encik Vincent.” ~ Aisyah Bahagia mereka disulami dengan ujian.
Satu persatu ujian yang menimpa Vincent yang membuatkan keimanannya sebagai seorang muslim teruji. Ujian yang mampu membolak-balikkan hati. Rumah tangga juga turut diuji dengan masalah komunikasi antara mereka. Rasa prasangka menjadi duri dalam rumahtangga mereka sehingga kepercayaan terhakis sikit demi sedikit. Vincent rasakan Aisyah terlalu sempurna dan dia bukanlah lelaki yang selayaknya.
Berjayakan Vincent dan Aisyah mempertahankan mahligai yang di bina? Kuatkah seorang Vincent dalam menempuh kehidupan selepas penghijrahannya? Andai kita mencari yang sempurna yang akan kita temui adalah kecewa, kerana sejatinya bahagia dan cinta itu ketika kita mampu saling menerima.
Reviews
There are no reviews yet.