Description
Sinopsis [ Marry Me! Mr. Zareed Iman]
Cinta Nadha pada Rahimi buat Nadha jadi buta. Dia sanggup meninggalkan segalanya demi membina hidup dengan Rahimi. Bekerja keras membantu Rahimi menaikkan syarikat milik keluarganya.
Hanya kerana fitnah Rahimi membuang Nadha dari hidupnya. Cinta yang Nadha perjuangkan musnah begitu sahaja. Semuanya sia-sia.
Kemunculan Tuan Zareed Iman bapa saudara Rahimi yang menjadi penyelamat kepada syarikat memberi peluang untuk Nadha melihat kejatuhan Rahimi dan Datin Hayati. Kerana rasa sakit hatinya pada Rahimi buat Nadha bertindak di luar jangka. Dia melamar Tuan Zareed untuk menjadi suaminya. Lamaran Nadha diterima. Maka temeterai ijab dan kabul antara Nadha dan Tuan Zareed.
Nadha sangkakan pernikahan mereka hanya kerana mahu membalas dendam tetapi tidak bagi Tuan Zareed.
“No Nadha. Sekali I dah lafazkan akad I tak akan persiakan. I takkan permainkan ikatan suci ni. I’m sorry kalau you tak nak semua ni jadi. But… you sedia atau tak, you rela atau tak, you kena lalui juga semua ni. Terima hakikat yang kita adalah suami isteri yang sah. Dan… kita akan jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri seperti yang telah termaktub dalam agama.”
Bagaimana perjalanan rumahtangga Nadha dan Tuan Zareed?
Adakah dendam Nadha pada Rahimi akan terbalas?
Semuanya akan terjawab dalam kisah Marry Me! Mr. Zareed Iman.


