Novel Digital @ eBook Adakah Lagi Cinta Karya Ashdinaraa

RM17.00

Novel Digital @ eBook Adakah Lagi Cinta Karya Ashdinaraa

Description

Sinopsis Adakah Lagi Cinta

Bila lelaki yang paling diharapkan dan dipercayai mengkhianati, apa lagi yang tinggal untuk memujuk hati. Segala pengorbanan dan kesetiaan tak dihargai.

Begitulah kisah hidup Naila Sofia, bila suami yang dicintai berubah sikap. Mempergunakan dirinya untuk kepentingan diri. Sehinggakan kesabaran diri semakin menipis.

“Sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku Naila. Jangan angkuh sangat. Aku ni suami kau. Dosa aku antara aku dengan Tuhan. Kau sebagai isteri aku wajib taat pada aku.” ~Huzaimi

Puas Naila berjuang untuk membebaskan diri dari cengkaman Huzaimi. Akhirnya perpisahan menjadi jalan akhir.

Ketika Huzaimi masih lagi tak berhenti menghantui hidup Naila, muncul seorang lelaki yang sudi mengisi kekosongan hati. Menghulurkan bantuan juga kasih sayang buat Naila Sofia.

“Kalau saya kata saya suka awak, awak terima ke Laila?” ~ Khalil Asytar

“Saya dah penat, saya dah muak, saya dah takut. Saya serik. Pengalaman saya sudah
cukup membuatkan saya jadi lebih berhati- hati. Buat masa ini saya mahu hidup aman damai bersama Nawaf. Itu je dah cukup buat saya bahagia.” ~ Naila Sofia

Namun tiada siapa yang boleh melawan takdir Allah. Jika sudah ditentukan jodoh mereka maka tiada siapa yang dapat menghalang. Namun ujian yang mendatang tidak dapat disangkal.

Adakah Naila dan Khalil berjaya meredah ombak dan badai untuk mengecapi bahagia buat mereka?

Semuanya akan terlerai dalam karya Adakah Lagi Cinta

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.