Description
Dulu, Alya pernah percaya bahawa cinta pertama akan berakhir indah. Nadir adalah lelaki pertama yang buat dia jatuh cinta.
Demi memperjuangkan rasa cintanya, Alya beranikan diri meluahkan perasaan kepada lelaki popular di sekolahnya.
“Saya nak bagi tahu yang saya sukakan abang. Dah lama saya simpan perasaan pada abang. Lepas ni saya dah tak dapat jumpa abang lagi.” ~ Alya
Namun, pengakuan itu tak dibalas seperti kemahuan Alya. Sedih? Pasti dia kecewa. Tapi Alya sudah sedia dengan semuanya.
Tahun demi tahun berlalu. Segalanya berubah. Alya menempuhi onak duri kehidupan. Kini, Alya hidup dalam realiti yang jauh berbeza daripada impiannya. Walaupun memiliki ijazah, Alya terpaksa menerima hakikat yang dia hanya bekerja sebagai ‘tea lady’ di sebuah syarikat demi menyara keluarga. Pendapatan ummi tidak cukup untuk membiaya keluarga mereka.
Namun, takdir seolah-olah suka mempermainkan hidupnya.
Takdir mempertemukan semula Alya dengan Nadir. Lelaki yang pernah bertahta di hatinya. Kehidupan mereka jauh berbeza. Ternyata takdir hidup Nadir lebih indah. Nadir menggantikan tempat Dato’ Burhan sebagai CEO di syarikat itu. Alya malu tapi hidup perlu diteruskqn.
Saat Nadir menawarkan jawatan pembantu peribadi pada Alya, Alya bagai tak percaya. Seperti ada niat yang tersembunyi. Tetapi apakan daya. Tawaran itu terlalu baik untuk ditolak demi memperjuangkan nasib keluarga.
Setiap hari Alya terpaksa berhadapan dengan lelaki itu. Ada kala Nadir sengaja meyakiti hati Alya. Ada ketika pula dia berjaya buat Alya teruja dengan kebaikan hati dan sifat ambil beratnya. Perasaan bercampur baur.
Saat cinta lama mula mekar ada ujian datang menimpa. Tanpa restu keluarga mana mungkin mereka boleh bersama. Antara cinta dan maruah keluarga yang mana menjadi pilihan Alya?
Semua ini akan menjadi penghalang kisah cinta mereka.
Cekalkan hati Alya dan Nadir untuk menempuh dugaan itu?
Adakah mereka akan mengaku kalah dan berserah atau terus berjuang demi cinta yang hadir sekali lagi?
Sekali Lagi Cinta
Sebuah kisah tentang cinta pertama, penyesalan, dan peluang kedua yang datang tanpa diduga.


