Description
Fareiha Narin… gadis lincah dan ceria. Satu-satunya anak kepada usahawan berjaya berpangkat Dato’. Dato’ Sufiah pemilik syarikat gergasi yang menjalankan perniagaan berkaitan produk kesihatan dan penjagaan badan.
Fareiha Narin seorang gadis yang sangat manja. Semua kemahuannya sering dipenuhi tanpa banyak bicara. Dato’ Sufiah begitu menyayangi anak gadisnya. Fareiha Narin sudah 4 tahun menetap di Australia. Menyambung pengajian dalam bidang perniagaan juga pengkhususan dalam bidang kecantikan. Dialah yang akan mewarisi perniagaan milik Dato’ Sufiah suatu hari nanti.
Fareiha Narin menyimpan hati pada seorang pemuda yang berusia 10 tahun lebih tua darinya. Sejak kecil dia dibesarkan bersama lelaki itu. Muhammad Talha, ditinggalkan ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah Dato’ Sufiah ketika berumur 5 tahun. Dato’ Sufiah mengambil Talha menjadi anak angkatnya dan dijaga dengan baik. Sehingga dia meningkat dewasa, Muhammad Talha sudah menjadi sebahagian dari pekerja dan orang kepercayaan Dato’ Sufiah. Talha sangat setia dengan Dato’ Sufiah. Dia sangat menjaga hati wanita itu sehingga sanggup mengenepikan perasaannya sendiri.
Tatkala Fareiha Narin sudah tidak dapat menahan gejolak rasa cintanya, dia memaksa Talha agar menerima dirinya. Walaupun Talha punya rasa yang sama tetapi dia tidak berani berhadapan dengan Dato’ Sufiah. Bimbang perasaan mereka akan tersakiti bila Dato’ Sufiah tidak merestui hubungan mereka. Talha tidak yakin yang Dato’ Sufiah ingin bermenantukan lelaki sepertinya. Dia terhutang budi dengan Dato’ Sufiah. Tak mungkin dia sanggup mengecewakan wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
“Kahwin. Narin nak kahwin dengan abang.” ~Fareiha Narin
“Apa yang Narin merepek ni?” ~Talha
Talha cuba menolak. Dia tidak mahu hati bondanya Dato’ Safiah akan terguris dengan tindakannya ini.
“Apa akan jadi kalau kita tak ada jodoh Narin?” ~Talha
“Entahlah Abang. Mungkin Narin tak akan muncul lagi dalam hidup abang. Narin akan pergi bawa diri ke mana-mana. Jauh dari abang dan bonda. Kita tak akan jumpa lagi sampai bila-bila.”~Fareiha Narin
Kerana ugutan dari Fareiha Narin yang mau pergi meninggalkan keluarga buat Talha rasa tidak keruan. Akhirnya Talha akur dengan permintaan Narin. Mereka bernikah tanpa pengetahuan Dato’ Sufiah.
Sampai bilakah mereka dapat merahsiakan pernikahan itu?
Apakah yang akan terjadi selepas hubungan mereka diketahui?
Semuanya dalam kisah… Shhh… Dia Suami Rahsia.




Reviews
There are no reviews yet.