Meh Ash belanja sikit sedutan eNovel terbaru Ash

—————————-

“Awak buat apa?” tegur Haris. Dia berdiri di sebelah Zahirah sambil melihat tangan Zahirah yang cekap membuat kerja-kerja memotong.

“Siapkan makanan Awliya. Kejap lagi baru saya masak. Pak cik dah lapar ke?” tanya Zahirah tanpa memandang ke arah Haris.

“Masih tak boleh tukar panggilan ke Zahirah?” soal Haris serius. Tangan yang leka memotong buah epal terus terhenti.

Haris sudah tak boleh bersabar dengan Zahirah. Lagi diberi ruang lagi dia membina jarak antara mereka. Haris ingat dengan memberi ruang pada Zahirah dia akan berubah. Malangnya langsung tiada usaha untuk merapatkan hubungan suami isteri. Malah kelihatan seperti Zahirah adalah orang gaji dalam rumah ini.

Haris rapatkan lagi kedudukan mereka. Dia berdiri di belakang Zahirah lalu tanganya menupang ke ruang table top dengan kedudukan mengepung tubuh kecil Zahirah. Zahirah hilang tingkah. Jantung berdegup laju. Dia mula rasa cemas.

“Saya tanya, susah sangat ke nak panggil saya abang?” soal Haris lagi seolah berbisik ditelinga Zahirah. Muka Zahirah terasa berbahang. Dia geleng-geleng kepalanya.

“…kalau tak susah cuba panggil saya abang. Saya nak dengar.” bisik Haris di telinga Zahirah.

“Aa….aaa….aabang…” tergagap-gagap Zahirah menyebut perkataan abang.

“Ermmm… lagi sekali sayang.” Haris berbisik lagi. Helahan nafas Haris terasa di tengkuk Zahirah membuatkan bulu romanya meremang. Dia rasa Cemas!

“Aaa…aabang…” perlahan Zahirah sebut perkataan yang dituntut Haris sekian lama. Mana mungkin dia ada perasaan kalau Zahirah tak habis-habis memanggilnya Pak cik.

Haris letakkan dagunya di bahu Zahirah. Menambah debaran di hati Zahirah. Rasa jantungnya tak dapat di kawal getarannya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia lari naik ke bilik menyembunyikan wajahnya yang kian merona. Terasa bahang di wajahnya.

“Lepas ni kalau panggil pak cik lagi abang akan buat lebih lagi dari yang ni okay.” kata Haris perlahan. Zahirah mengangguk laju.

—————————–

Amboi tersenyum sorang-sorang nampak. Takpe senyum je lebar-lebar. Jadi lepaslah hajat Ash belanja sedutan dari novel IMHI ni untuk Uols. Kalau nak dapatkan full story, boleh klik link di bawah!

You might also enjoy