Description
Xayden Elhasiq – Hanya kerana wasiat membuatkan dirinya terbelenggu dalam perniagaan ‘gelap’ yang tidak seiring dengan minatnya. Dalam menjalankan tugasannya sebagai ketua, dia dipertemukan dengan Ayana.
Ayana – Gadis yang menjadi mangsa kerana hutang seorang ayah. Gadis itu teraniaya. Di jual ayah sendiri untuk melangsaikan hutang yang dibuat sekian lama. Sehingga impian dan cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah hampir terkubur.
Pernikahan Xayden dan Ayana berlaku tanpa rela tetapi itulah pilihan yang terbaik ketika itu. Ayana lebih rela bernikah dengan lelaki yang tak diingini dari terus dipaksa memuaskan nafsu lelaki tanpa ikatan. Hubungan yang dibina penuh dengan kebencian.
“Sekarang kau boleh tepis aku macam ni Ayana. Esok aku akan pastikan kau layan aku sepuasnya. Aku tak sabar nak menikmati layanan kau Ayana.” ~Xayden Elhasiq
“Kenapa kau buat aku macam ni?” ~ Ayana
“Untuk langsaikan hutang ayah kau.”~ Xayden Elhasiq
Namun hubungan mereka tak kekal lama. Tiba-tiba Xayden Elhasiq menghilangkan diri meninggalkan Ayana terkapai sendirian. Ayana mula mengorak langkah untuk mencapai impiannya.
Sekali lagi Ayana diuji. Bila mengetahui yang ada zuriat Xayden yang sedang membesar dalam rahimnya. Ayana bagai hilang arah. Dia cuba bangkit untuk menempuh semua dugaan yang diterimanya.
Selepas 4 tahun berlalu Xayden muncul kembali. Menuntut si isteri kembali ke sisi. Namun tidak semudah itu untuk Ayana menerimanya. Kebenciannya pada Xayden masih menebal. Rasa peritnya ketika bersama Xayden masih dirasai.
Adakah hubungan mereka akan kekal sebagai suami isteri? Atau Ayana menuntut pembebasan diri?
Semuanya akan dirungkai dalam “Xayden Elhasiq The Unwanted Husband”


