059 Suami Yang Ku Mahu

RM15.00

Lelaki itu… adalah lelaki pertama yang ada dalam hatinya. Tidak pernah singgah mana-mana nama lelaki lain di hati Hafiya sejak dia mengenali Aqashah. Perkenalan mereka sejak kecil namun banyak kenangan manis dia bersama Qashah. Qashah selalu ada untuknya.

Permintaan bonda untuk menjodohkan mereka demi memenuhi hajat ayahanda diterima Hafiya dengan hati terbuka. Setelah lama mereka tak bertemu muka, Hafiya berharap yang pernikahan ini diterima Qashah sama seperti dirinya. Namun sangkaan Hafiya meleset. Usai majlis pernikahan Qashah pergi meninggalkannya berbekalkan kata-kata yang mengguris sekeping hati milik Hafiya….

059 Suami Yang Ku Mahu

Description

Lelaki itu… adalah lelaki pertama yang ada dalam hatinya. Tidak pernah singgah mana-mana nama lelaki lain di hati Hafiya sejak dia mengenali Aqashah. Perkenalan mereka sejak kecil namun banyak kenangan manis dia bersama Qashah. Qashah selalu ada untuknya.

Permintaan bonda untuk menjodohkan mereka demi memenuhi hajat ayahanda diterima Hafiya dengan hati terbuka. Setelah lama mereka tak bertemu muka, Hafiya berharap yang pernikahan ini diterima Qashah sama seperti dirinya. Namun sangkaan Hafiya meleset. Usai majlis pernikahan Qashah pergi meninggalkannya berbekalkan kata-kata yang mengguris sekeping hati milik Hafiya.

“Kau yang sanggup terima kehendak keluarga kau, kau kena terima segala risikonya.” ~Aqashah

Selepas tiga tahun berlalu, Aqashah kembali. Saat itu Hafiya sudah reda andai perpisahan menjadi jalan terbaik. Biarlah suami yang dia inginkan pergi dari hidupnya andai tiada langsung rasa cinta yang mula mekar dalam hubungan mereka. Biarlah Qashah cari bahagianya. Hafiya sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan.

Saat pertemuan kembali selepas tiga tahun telah membolak-balikkan sekeping hati milik Aqashah. Tekadnya dengan keputusan mahu melepaskan Hafiya berubah tiba-tiba. Semua yang dilihat pada Hafiya saat itu telah membuka pintu hatinya. Perasaan mahu memiliki Hafiya tiba-tiba mengatasi segala. Perlahan-lahan ego yang dijunjung tinggi lenyap entah ke mana. Yang tinggal hanya rasa cinta yang mula hadir untuk isterinya itu.

Namun bahagia mereka mula di renggut manusia yang penuh perasaan dengki. Berjayakan Hafiya dan Qashah menempuhi ujian dalam perhubungan mereka? Mampukah Hafiya mendapatkan lelaki yang dimahukannya? Semuanya akan terlerai dalam kisah Suami yang Ku Mahu.