070 First Glance Forever Mine

RM15.00

Tindakan Encik Rahim menghantar Luna pulang ke kampung sepanjang ketiadaan dirinya dan isteri mendapat tentangan dari Luna. Sejak dulu dia memang tidak suka bila terpaksa pulang ke kampung. Benci dengan kemunduran kampung. Tak dapat dia hendak bayangkan kehidupannya dalam keadaan yang tidak selesa semasa berada di kampung nanti. Bukan hanya skeptikal terhadap keadaan di kampung malah dia juga memandang rendah pada mereka yang tinggal di kampung. Rasa jijik bila kawan-kawan baiknya bergurau yang dia akan bertemu jodoh di kampung.

“Aku rasa elok kau ikut je apa kehendak daddy tu. Kau cubalah dulu. Mana tahu kau boleh biasakan diri.” ~Lisa (Luna bestie)

“Betul kata Lisa tu Luna. Mana tahu kau terjumpa jodoh kat sana. Kacak bergaya. Silap-silap kau tak nak balik sini lagi.” ~Aira (Luna bestie)

070 First Glance Forever Mine

Categories , Tag

Description

“Eeiii… choi la mulut kau ni Aira. Mustahil. Kau ingat aku tak ada taste ke? Tak mungkin aku berkenan dengan lelaki dari kampung. Jijik!” ~ Luna

Tak sangka Luna termakan kata-katanya sendiri. Saat pertama kali dia menatap wajah Imran, anak muda kampung itu. Hatinya terus terpaut. Setiap hari dia akan mencari peluang untuk mencuri pandang jejaka kampung itu. Sehinggalah perasaanya tak dapat dibendung lagi. Pak long memberi cadangan agar dia merisik Imran buat Luna.

Tak sangka semuanya dipermudahkan. Luna dan Imran disatukan sebagai suami isteri. Saat mula menyulam kasih muncul pula si bekas kekasih. Menambah asam garam kisah mereka berdua.

Apakah yang akan berlaku dalam rumah tangga yang dibina saat ujian datang menimpa?

Mampukah hubungan yang dibina dari cinta pandang pertama itu bertahan?

Semuanya akan terjawab dalam kisah Luna dan Imran yang bertajuk “First Glance Forever Mine.”