Cintaku Bukan Taruhan

RM16.00

Rania, wanita berusia 40 tahun, memilih untuk hidup sendiri selepas kegagalan rumahtangga yang meninggalkan parut mendalam dalam hatinya. Sepuluh tahun berlalu, hidupnya hanya berputar antara kerjaya dan anak tunggalnya, Nura. Kasih sayang dan cintanya hanya untuk Nura. Pintu hatinya tertutup rapat.

Rafael, jejaka berusia 24 tahun, pada awalnya mendekati Rania sekadar menyahut cabaran rakan merangkap majikannya. Rania hanyalah sasaran permainan ego wanita matang yang kononnya mustahil ditawan. Namun semakin dekat, Rafael mula melihat sisi Rania yang rapuh di balik ketegasan. Apa yang bermula sebagai taruhan, perlahan-lahan bertukar menjadi cinta yang ikhlas dan mendalam terbit dari hati.

Description

Takdir mempermainkan mereka apabila Nura jatuh hati pada Rafael saat pertama kali mereka bertentang mata. Rania memilih untuk berdiam diri, menyembunyikan hubungannya dengan Rafael yang kini bekerja sebagai pembantu peribadi sementaranya. Dia takut kejujuran akan melukakan hati anak yang selama ini dia lindungi sepenuh jiwa.

Rafael, tersepit antara cinta dan rasa bersalah, mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Nura. Dia mengaku sudah mencintai seseorang, namun merahsiakan identiti wanita itu. Namun kata-kata Rafael akhirnya memakan diri apabila Nura secara tidak sengaja terdengar perbualan Rafael dan Rania. Kebenaran yang terbongkar meruntuhkan kepercayaan Nura. Dalam kekecewaan, Nura melarikan diri ke rumah daddynya.

Adham, bekas suami Rania, tidak dapat menerima hakikat itu. Amarah dan ego lama kembali menyala. Dia melihat peluang untuk merampas semula Rania, walau terpaksa memusnahkan kebahagiaan orang lain.

Di persimpangan perasaan, Rania terpaksa memilih antara cinta yang baru berputik atau anak yang menjadi nadi hidupnya. Rafael pula harus membuktikan bahawa cintanya bukan sekadar taruhan, tetapi kesetiaan yang sanggup menunggu dan berkorban.

Adham pula yang berpaksikan sikap tamak tak putus asa mencari jalan untuk menakluk Rania kembali padanya.

Apabila cinta berbeza usia diuji mampukah mereka mempertahankan hati yang telah memilih untuk jatuh cinta?