0039 Hapuskan Duka Itu

RM16.00

Novel ini dalam bentuk PDF dan sesuai untuk dibaca menggunakan  peranti digital. Setiap Novel yang dibeli akan dimuat turun melalui email dan juga di platform laman web ini sendiri.

 

0039 Hapuskan Duka Itu

Description

‘Ya Allah… hilangkan semua kesakitan ini dalam hidup hamba-Mu ini. Aku sudah tidak mampu untuk mengharungi semua ini. Andai dapat kau buang semua kenangan silam yang menyakitkan ini, lupuskan semuanya dari ingatanku Ya Allah. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu.’
Perjalanan rumahtangga Juwita tidak seindah yang dia bayangkan. Bahagia yang diharapkan namun derita yang perlu dia tempuhi.

Lima tahun berlalu, rumahtangga Juwita dan Kamil masih sunyi tanpa kehadiran cahaya mata. Kamil menggunakan alasan itu untuk menduakan isterinya.
Kamil sering menggunakan kekerasan pada Juwita. Ada sahaja yang Juwita lakukan tidak kena padanya sehingga berakhir dengan kekerasan fizikal. Tubuh Juwita kerap menjadi objek Kamil melepaskan kemarahan. Bukan sahaja fizikal malah mental Juwita juga terseksa ulah sikap Kamil yang tidak menentu.

Sehinggalah bait doa Juwita diangkat ke langit. Kemalangan malam itu buat Juwita hampir menemui ajalnya. Doanya untuk melupakan segala kesakitan dalam hidupnya dimakbulkan. Bukan sahaja kesakitan malah semua kisah hidupnya yang lalu hilang dari kotak memorinya.

Kejadian malam itu membuat Kamil tersedar segala kesilapan yang dia lakukan pada Juwita sehingga dia tidak sanggup kehilangan isterinya. Kembalinya Juwita dalam hidup Kamil membawa sinar baru. Kamil bertekad akan memperbaiki semua kesilapan lalu. Dia mahu membina bahagia dengan Juwita.

Namun…
Apa yang diharapkan tidak semudah yang dia impikan. Sedikit demi sedikit ingatan Juwita kembali pulih. Juwita kembali meratapi kisah silamnya walaupun sikap Kamil sudah jauh berubah.
Adakah impian Kamil untuk membina bahagia bersama Juwita akan tercapai?
Mampukah Juwita menerima Kamil kembali dalam hidupnya?
Selami kisah Juwita dalam karya ‘Hapuskan Duka Itu’

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.