Kahwin Dengan Saya Please! Karya Ashdinaraa

RM16.00

Novel ini dalam bentuk PDF dan sesuai untuk dibaca menggunakan  peranti digital. Setiap Novel yang dibeli akan dimuat turun melalui email dan juga di platform laman web ini sendiri.

 

Kahwin Dengan Saya Please! Karya Ashdinaraa

Description

Perkahwinan selepas menjalin cinta itu kisah biasa. Namun ada juga kisah pernikahan yang berlaku tanpa dirancang. Hanya kerana berada pada tempat dan masa yang telah tertulis maka Aufa Helena bertemu jodoh dengan Erhan Miqdad. Umur bukan lagi jadi penghalang. Biarpun Erhan Miqdad lebih berusia dari Aufa Helena namun kerana amarahnya yang membuak-buak dia nekad melamar Erhan Miqdad menjadi suaminya.
Erhan Miqdad, seorang lelaki lanjut umur. Tertekan dengan amarah seorang ibu yang tidak henti mendesak dirinya agar menamatkan zaman bujang. Kesilapan dia cuma satu, kerana hadir ke majlis pernikahan itu. Majlis itu telah menjadi sebab mama memarahinya. Bukan hanya marah malah mama menuduh dia mempunyai hubungan songsang dengan Adryan yang merupakan sahabat baiknya sendiri.
“Anak saudara kamu dah kahwin. kamu bila lagi? Owh ye. Pasangan macam Han dengan Adryan mana boleh kahwin dekat Malaysia ni. Tak diiktiraf.” ~Puan Musalmah.

Entah apa salahnya. Hari itu bebelan mama buat Erhan Miqdad tidak mampu bertahan. Desakan demi desakan malah tuduhan yang diterima olehnya sangat berat. Membuatkan hatinya menjadi sebal.
Kemunculan gadis yang dengan tiba-tiba melamar dirinya membuatkan dia terkaku seketika. Adakah ini jodoh yang tercipta untuknya. Lidah kelu untuk berkata-kata buat seketika. Keyakinan gadis itu menarik perhatian Erhan.
“Boleh encik jadi suami saya? Saya yakin saya tak akan ganggu kehidupan peribadi encik. Saya sangat berdikari. Saya boleh cari duit sendiri. Saya tak akan bergantung harap pada encik. Macam mana encik? Encik setuju?” ~Aufa Helena.

“Apa jaminan semua kata-kata awak tu? Betul awak takkan ganggu hidup saya?” ~Erhan Miqdad.
Saat itu dia terkenangkan kata-kata mama. Desakan dan juga tuduhan berat yang mama lontarkan buatnya membuatkan Erhan merasakan inilah masa untuk dia membersihkan namanya.

Bagi Aufa Helena pula, dia cuma mahukan pernikahan itu untuk dia meneruskan kehidupannya selepas pengkhianatan yang telah diterima dari teman lelaki dan juga keluarganya. Teman lelaki yang sudah 5 tahun menjalin hubungan cinta akhirnya memilih untuk bernikah dengan kakak tirinya sendiri. Hari yang di nanti-nantikan berakhir dengan kelukaan akibat pengkhianatan. Hancur hati Helena sebaik melihat kebahagian Noah dan Ulya di pelamin yang dihias indah. Dalam masa yang sama daddy pula membuang dirinya atas salah faham yang tidak pasti di mana pncanya. Helena pergi membawa diri dengan hati yang hancur berkecai.

Apakah pernikahan Helena dan Erhan akan mengubat luka di hati Helena?
Adakah pernikahan tiba-tiba ini mampu meraih bahagia buat kedua-duanya? Atau Mereka berdua akan terus terluka dan memendam rasa.

Semuanya dalam…. Kahwin Dengan Saya… Please!

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.