Nadira Bukan Isteri Pilihan

RM16.00

Nadiya dan Nadira dilahirkan ke dunia sebagai kembar. Namun berbeza karakter dan sikapnya.  Mereka berdua punya Impian yang sama mahu menyambung pengajian ke luar negara. Namun nasib tak berpihak pada Nadiya bila ayahnya memaksa dia bernikah dengan anak kawan baiknya Izzat yang juga seorang pensyarah muda. Saat dia ditekan dengan paksaan ayah Nadiya buat perancangan kejam dengan memerangkap adiknya Nadira bersama Izzat.

Tanpa mengetahui helah di sebalik perancangan itu, Nadira akhirnya terikat dalam sebuah pernikahan yang bukan pilihan. Lebih menyedihkan bila Izzat juga tidak sudi memperisterikannya. Malah Izzat secara terus terang menyatakan rasa cintanya pada Nadiya. Perkahwinan yang terbina tanpa cinta itu menjadi beban buat mereka berdua. Nadira meneruskan pengajian di universiti awam dalam negara, sementara Izzat memilih untuk menjauhkan diri. Hampir setahun Izzat tidak mempedulikan Nadira. Tanpa perhatian apatah lagi menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Nadira Bukan Isteri Pilihan

Description

Namun takdir tidak pernah kekal sepi.

Kemunculan semula Izzat mengubah segalanya. Lelaki itu mula berusaha menambat hati Nadira. Dia hadir dengan penuh rasa penyesalan. Tetapi hati Nadira yang pernah dilukai bukan mudah untuk dipujuk, apatah lagi apabila dia mengetahui cinta pertama Izzat adalah kakaknya sendiri.

Cubaan demi cubaan akhirnya melembutkan sekeping hati yang pernah membeku. Saat cinta mula berputik dan bahagia baru disulam, dugaan paling besar datang  menguji cinta mereka berdua.

Nadiya kembali dengan rasa bersalah yang terpendam dan keinginan yang belum padam, Nadiya cuba merampas kembali lelaki yang pernah ditolaknya.

Di antara cinta, pengkhianatan juga ikatan darah, Nadira dan Izzat terperangkap dalam ujian yang paling getir.

Mampukah rumahtangga yang dibina atas pengorbanan dan kesilapan ini dipertahankan?

Atau cinta mereka akan hancur sekali lagi oleh bayang-bayang masa lalu?